Preview : JDT II lwn Pahang

February 12, 2017

{tab=Fakta Perlawanan}

Fakta Perlawanan


Pertandingan :
Piala FA
Tarikh :
14 Februari 2017
Hari : Selasa
Masa : 9.00 malam
Tuan Rumah : JDT II
Pelawat : Pahang
Venue : Stadium MPPG, PASIR GUDANG
Siaran Langsung : Tiada
Cuaca : Hujan Sebentar, 25 ‘C

{tab=Rekod Pertemuan}

Rekod Pertemuan

 Rekod Pertemuan FAC JDT2 PHG 01

{tab=Status Pemain}

Status Pemain

Cedera :

1. Christie Jayaseelan
2. Saifulnizam Miswan
3. Muhammad Nurridzuan
4. Fransisco Insa Bohagues

Digantung :

TIADA

*Kad Kuning saingan Liga tidak dibawa ke saingan Piala FA.

{tab=Ulasan}

Ulasan


Misi mencari kembali keyakinan?
Tewas dengan jumlah jaringan yang besar ditangan Juara Piala Sumbangsih sememangnya menyedarkan anak-anak buah Dollah Salleh bahawa banyak perkara yang perlu diperbaiki.

Walaupun lawan pada kali ini datang dari Liga Premier, tetapi pemain-pemain mereka tidak boleh dipandang enteng kerana mempunyai gabungan pemain muda yang berpengalaman dengan skuad kebangsaan seperti D Saarvindran, Fandi Othman, Amer Saidin, Syazwan Andik, Irfan Fazail dan beberapa orang lagi.

Perlu diingat bahawa pertandingan Piala FA ialah pertandingan kalah mati kerana pasukan yang tewas pada malam Selasa akan tersingkir dari Piala FA sekaligus menutup peluang mencuri salah satu slot ke Piala AFC pada musim hadapan.

Penggiliran pemain? Sekarang adalah masa yang sesuai untuk Dollah Salleh mencuba formula yang baru setelah tewas kepada Kedah Sabtu lepas.

Pahang mempunyai ramai pemain yang mempunyai pengalaman dan dilihat mampu mengisi kepincangan yang berlaku pada perlawanan di Alor Setar.

Mungkin pemain-pemain seperti Joseph Kallang Tie, Faisal Halim, Ashaari Shamsuddin, Muslim Ahmad dan Zubir Azmi bakal mengisi kesebelasan utama pada perlawanan tersebut untuk memberi lebih pilihan untuk perlawanan-perlawanan akan datang.

Impak ketiadaan Guerra? Ketiadaan Gabriel Guerra atau Gabby yang ditukarkan ke JDT I pasti dirasai oleh Ketua Jurulatihnya Hazmani Omar kerana penyerang itu merupakan penjaring terbanyak JDT II sebelum ini.

Ini dapat dilihat semasa perlawanan Liga Premier menentang MISC-MIFA FC pada Jumaat lepas dimana JDT II tanpa disangka telah tewas 3-5 walaupun pada suatu ketika mendahului lawan dengan keputusan 2-0.

Ketiadaan Gabby akan ditampung oleh Jeronimo Baralles yang gagal memberi impak semasa beraksi dengan JDT I sebelum ini.

Pertemuan sebelum ini? Kedua-dua pasukan jarang dipertemukan berikutan beraksi dalam divisyen yang berbeza.

Perlawanan terakhir mereka adalah pada 2014 iaitu dalam peringkat kumpulan Piala Malaysia dengan rekod lebih berpihak kepada pasukan Pahang.

Keputusan perlawanan sebelum?

Kedah 4-1 Pahang
MISC-MIFA FC 5-3 JDT II

{tab=Perlawanan Lain}

Perlawanan lain

13 Feb

Sime Darby FC lwn Kuantan FA
Felcra FC lwn Terengganu

14 Feb

MPKB Ubes FC lwn Pulau Pinang
PKNP FC lwn Kelantan
Melaka United lwn PKNS FC
Felda United lwn JDT I
Kedah lwn Kuala Lumpur
PJ Rangers FC lwn UiTM FC
Perlis lwn PDRM
Selangor lwn N.Sembilan
Sarawak lwn MISC-MIFA FC
Sabah lwn UKM FC
TTeam lwn ATM

15 Feb

KDMM FC lwn MOF FC
Perak lwn PBMS

{/tabs}


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS10)
Super League
Perak Stadium, IPOH

(LS11)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN