Preview : JDT lwn Pahang

March 2, 2017

{tab=Fakta Perlawanan}

Fakta Perlawanan


Pertandingan :
Liga Super
Tarikh :
 3 Mac 2017
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 malam
Tuan Rumah : JDT 
Pelawat : Pahang
Venue : Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus, LARKIN
Siaran Langsung : TV9, tonton.my (streaming)
Cuaca : Hujan, 26 ‘C

{tab=Rekod Pertemuan}

Rekod Pertemuan

 Rekod Pertemuan 8 JDT1 PHG 01

{tab=Status Pemain}

Status Pemain

Cedera :

1. Christie Jayaseelan

Digantung :

TIADA

Kad Kuning :

[1xKad]

1. Bright Dike
2. Mohamadou Sumareh
3. Joseph Kalang Tie
4. Wan Azraie Wan Teh
5. Matheus Alves
6. Mathew Davies

[2xKad]

1. Fransisco Insa Bohigues
2. Wan Zaharulnizam

{tab=Ulasan}

Ulasan


Cabaran besar menanti? Pahang yang masih segar dengan kemenangan 3-0 ke atas PKNS FC di tempat sendiri dan menduduki takhta liga seharusnya menjadikan itu sebagai tonik semangat untuk menewaskan juara bertahan Liga Super ini.

Mempunyai ramai pemain yang mampu menjaringkan gol adalah suatu kelebihan kepada Dollah Salleh semasa merencanakan taktikal perlawanan ini.

Kesilapan semasa tewas menentang Kedah haruslah diambil pengajaran dan barisan pertahanan bakal diuji sekali lagi setelah dilihat agak ‘tenang’ semasa perlawanan terdahulu.

Aura Larkin kekuatan JDT I? Bermain di Larkin adalah satu kelebihan yang besar buat JDT I kerana mereka tidak pernah tewas di sini dalam mana-mana pertandingan rasmi.

Barisan tengah yang diketuai oleh bekas pemain kebangsaan, Shafiq Rahim dengan dibantu oleh pemain lain termasuk bekas pemain Pahang Azammudin Akil bakal memberi ancaman kepada Jaewoon dan rakan-rakan.

Kemasukan Gabriel Guerra dari JDT II juga tidak patut dipandang enteng termasuk dengan keserasian yang semakin baik dari pemain import lain seperti Gabriel Cabrera yang menjaringkan dua gol semasa menentang Sarawak juga seharusnya diambil perhatian.

Apa yang pasti, Benjamin Mora sudah seperti berjaya mengadun pemain-pemainnya walaupun hanya mengambil alih pasukan beberapa hari sebelum sepak mula Liga Super setelah memenangi 3 perlawanan berturut-turut selepas tewas di tangan Perak.

Pertemuan sebelum ini? Pada tahun 2016, Pahang bukanlah satu pasukan yang menjadi pencabar utama dalam Liga Super.

Dalam dua pertemuan kedua-dua pasukan, JDT tampak lebih dominasi apabila menang semasa di Larkin dengan keputusan 3-0.

Manakala semasa beraksi di Kuantan, tuan rumah dimalukan dengan kekalahan besar 0-6 yang menyaksikan Pahang bergelut untuk layak ke Piala Malaysia.

Keputusan perlawanan sebelum?

Pahang 3-0 PKNS FC
Sarawak 0-2 JDT I

{tab=Perlawanan Lain}

Perlawanan lain


4 Mac 2017

PKNS FC lwn P.Pinang
Kedah lwn Melaka United
Felda lwn Sarawak
Kelantan lwn TTeam FC
Selangor lwn Perak

{/tabs}


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features