Preview : Johor DT vs Pahang (SFAC)

April 20, 2018

  • Match Detail
  • Last Meeting
  • Player Status
  • Summary
  • Other Matches

Tournament : Shopee FA Cup 2018
Date :
 20th April 2018
Day : Friday
Time : 9.00 pm
Home Team : Johor DT
Away Team : Pahang
Venue : Tan Sri Haji Hassan Yunus Stadium, LARKIN
Live : HyppeTV Sports3, Iflix


Injured :

  1. Forkey Doe
  2. Safuwan Baharuddin
  3. Matthew Davies
  4. Patrick Cruz
  5. Norshahrul Idlan Talha

Suspended

NONE

Yellow Card :

[1xYellow]

  1. Safuwan Baharuddin
  2. Afif Amiruddin
  3. Matthew Davies
  4. Nor Azam Azih

Krisis kecederaan? Pahang bakal hadir ke Larkin dengan skuad tempang apabila beberapa tonggak utama mereka mengalami kecederaan.

Selain Forkey Doe, Matthew Davies hampir pasti tidak beraksi setelah tidak menjalani latihan sebelum pasukan bertolak di Larkin manakala Safuwan Baharuddin yang disisihkan semasa perlawanan Liga Super menentang Kuala Lumpur sudah mula menjalani latihan namun masih samar-samar untuk diturunkan.

Pahang memerlukan sekurang-kurang seri dengan jaringan untuk terus mara ke pusingan seterusnya dan ini nampak tugas berat jika dilihat kepada prestasi barisan serangan semasa menentang Kuala Lumpur.

Mempunyai kelebihan? Umum mengetahui kekuatan Johor DT ketika beraksi di Larkin kerana mereka masih kebal di gelanggang sendiri sejak 3 tahun kebelakangan.

Dengan bilangan pool pemain yang banyak, Pemangku Jurulatih Johor DT Raul Longhi pasti tidak mengalami masalah dalam pemilihan pemain dan pasti akan menurunkan barisan terkuatnya untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Buruan tiket ke untuk beraksi dalam peringkat Asia andai menjadi Juara Piala FA menjadi sasaran pasukan ini sebagai jaminan supaya dapat menumpukan sepenuhnya dalam mempertahankan Liga Super selepas ini.

Pertemuan sebelum ini? Untuk musim ini, mereka hanya baru bertemu sekali iaitu semasa pusingan pertama suku akhir di Kuantan dimana kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan. Manakala perlawanan Liga Super yang sepatutnya berlangsung pada 30 Mac ditangguhkan kerana memberi laluan kepada pasukan kebangsaan beraksi menentang Bhutan.

Keputusan perlawanan sebelum?

Kuala Lumpur 2-2 Pahang (unifi Malaysia Super League)
Johor DT 3-0 PKNS FC (unifi Malaysia Super League)


20th April 2018

Felda United (1) vs (0) PKNP FC

21th April 2018

Selangor (3) vs (0) Kuala Lumpur
Perak (1) vs (2) PKNS FC

* Nombor dalam kurungan adalah keputusan pusingan pertama.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features