Preview : Kedah lwn Pahang

February 6, 2017

{slider=Fakta Perlawanan}

Fakta Perlawanan


Tarikh :
 11 Februari 2017
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 malam
Tuan Rumah : Kedah
Pelawat : Pahang
Venue : Stadium Darulaman, ALOR SETAR
Siaran Langsung : TV9
Cuaca : Mendung, 26 ‘C

{/slider}

{slider=Rekod Pertemuan}

Rekod Pertemuan

 Rekod Pertemuan 4KDH PHG 01

{/slider}

{slider=Status Pemain}

Status Pemain

Cedera :

1. Christie Jayaseelan
2. Saifulnizam Miswan
3. Muhammad Nurridzuan

Digantung :

TIADA

Kad Kuning :

[1xKad]

1. Bright Dike
2. Wan Zaharulnizam
3. Joseph Kalang Tie
4. Wan Azraie
5. Fransisco Insa Bohigues

{/slider}

{slider=Ulasan}

Ulasan


Ujian sebenar Pahang?
Setelah menang dua perlawanan berturut-turut, perlawanan menentang Juara Piala Sumbangsih pada Sabtu ini boleh dikatakan ujian sebenar skuad Dollah Salleh.

Kedah suatu pasukan yang tidak boleh dipandang rendah kerana berjaya mengikat dua pasukan teratas Liga Super musim lepas di tempat lawan dengan keputusan 1-1.

Dengan bermain di hadapan penonton lawan yang sememang sering penuh di Darulaman bakal menyukarkan lagi misi mesti menang lebih-lebih lagi rekod di Alor Setar jelas tidak berpihak kepada Pahang.

Pemain tidak pamer kerektar sebenar? Kebimbangan Dollah Salleh selepas perlawanan di Kuching tempoh hari harus diberi perhatian oleh para pemain.

Beliau mahu setiap pemain menunjukkan karekter sebenar seperti apa yang mereka persembahan di Kuantan iaitu bermain dengan aksi yang kosisten sehingga tamat perlawanan dan tidak cepat berpuas hati apabila sudah mendahului.

Taktikal Kedah yang bermain pantas dan sentiasa menyerang sesuatu yang patut menjadi panduan taktikal oleh Dollah Salleh dan anak-anak buahnya supaya tidak pulang dengan tangan kosong.

Waspada kelibat import Kedah? Kedah mempunyai pemain yang baik di segenap posisi hasil dari gabungan pemain senior dan muda serta pemain import yang boleh memberi impak.

Kelibat Liridon pasti menjadi duri dalam daging Pahang dalam perlawanan ini kerana semasa perlawanan menentang JDT dan Felda United, pemain inilah yang menjadi arkitek utama pasukan bimbingan Tan Chee Hoe(TCH) ini.

Teknik permainan hantaran pendek yang diterapkan oleh TCH dan bisa seorang lagi penyerang importnya dari Denmark, Ken Ilso yang sudah membuka akaun jaringannya di Jengka sememangnya bakal memberi masalah kepada barisan pertahanan Pahang kelak.

Pertemuan sebelum ini? Rekod yang tidak cemerlang di Alor Setar sudah menunjukkan darjah kesukaran yang akan dihadapi oleh Pahang pada hari Sabtu nanti.

Semasa di Kuantan, kedua-dua pasukan hanya terikat dengan keputusan 1-1 dimana gol Kedah dijaringkan oleh Fakri Saarani manakala Pahang menyamakan kedudukan melalui gol German Pacheco.

Perlawanan di Alor Setar, Pahang tewas 0-1 hasil jaringan penalti Thiago Agusto tetapi kemudiannya FAM memberikan kemenangan percuma kepada Pahang setelah Kedah menurunkan Rizal Ghazali yang sepatutnya digantung perlawanan.

Keputusan perlawanan sebelum?

Sarawak 0-1 Pahang
Felda United 1-1 Kedah

{/slider}

{slider=Perlawanan Lain}

Perlawanan lain

P.Pinang lwn Sarawak
PKNS FC lwn Perak
Felda United lwn Kelantan
Melaka United lwn TTeam
JDT I lwn Selangor

{/slider}


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features