Preview : Kedah vs Pahang (UMSL)

May 22, 2018
  • Match Detail
  • Last Meeting
  • Player Status
  • Summary
  • Other Matches

Tournament : Unifi Malaysia Super League 2018
Date :
22nd May 2018
Day : Tueday
Time : 9.00 pm
Home Team : Kedah
Away Team : Pahang
Venue : Darulaman Stadium, ALOR SETAR
Live : Iflix, Hyppe TV


Injured :

  1. Mohamadou Sumareh
  2. Afif Amiruddin

Suspended

NONE

Yellow Card :

[2xYellows]

  1. Nor Azam Azih

[1xYellow]

  1. Mohamadou Sumareh
  2. Mohd Faisal Halim
  3. R Kogileswaren
  4. Patrick Cruz

Import baru bakal beri kelainan? Pahang akan turun di Alor Setar dengan kehadiran dua pemain import baru apabila mengumumkan menandatangani Issey Nakajima dan Austin Amutu sebaik sahaj jendela perpindahan kedua dibuka.

Issey yang menggantikan Vathanaka di bahagian tengah bukanlah pemain yang asing di Liga Malaysia dan menjadi nadi kepada Terengganu pada musim 2016 dan 2017.

Bagi Amutu pula, beliau pernah beraksi cemerlang semasa di Kelantan namun kecederaan yang panjang menyebabkan beliau terpaksa digantikan pada pertengahan musim.

Pahang juga bakal pincang di bahagian pertahanan setelah Afif masih lagi tidak cergas sepenuhnya dan dijangka tempat beliau diisi di antara Bunyamin ataupun Ashar Al-Aaziz.

Sumareh juga dalam senarai kecederaan namun Pahang masih mempunyai beberapa pemain yang boleh mengambil peranannya seperti Faisal Halim, Kogileswaren ataupun Wan Zaharulnizam.

Dollah Salleh sedar perlawanan ini sukar namun tidak mahu pasukannya tercicir lagi mata untuk terus mengejar pendahulu liga dan juga menjarakkan mata dengan pasukan lain di bawah.

Kedah juga hadir dengan barisan tempang? Kedah pula agak kecewa setelah gagal mendaftarkan pemain terbaru mereka Paolo Ranger setelah kelab lama pemain itu mahu melepaskannya pada 27 Mei nanti.

Ini meletakkan Kedah kehilangan sengat di serangan setelah Sandro juga dikatakan kurang cergas untuk diturunkan.

Kemenangan ke atas Negeri Sembilan di tempat lawan setelah hanya berjaya untuk memperolehi keputusan seri pada 3 perlawanan sebelum pasti menjadi azimat untuk Kedah lebih-lebih lagi beraksi di tempat sendiri pada malam ini.

Kehadiran Presiden baru Kedah FA juga menyemarakkan semangat anak-anak Nidzam Adha untuk menewaskan Pahang.

Pertemuan sebelum ini? Untuk musim ini, kedua-dua pasukan bertemu sebanyak dua kali dan kedua-dua perlawanan berlangsung di Kuantan yang mana masing-masing dalam saingan Piala FA dan Liga Super.

Dalam saingan Piala FA, Pahang menang dengan keputusan 1-0 hasil tandukan terbang Sumareh sekaligus menyingkirkan Kedah yang juga Juara bertahan.

Manakala dalam saingan Liga Super, kedua-dua pasukan terikat 2-2 apabila jaringan Sandro pada separuh masa kedua memadamkan impian Pahang untuk mengutip 3 mata penuh walaupun mendahului 2-1 melalui jaringan Vathanaka dan Safuwan sebelum rehat.

Keputusan perlawanan sebelum?

N.Sembilan 1-2 Kedah  (Unifi Malaysia Super League)
Pahang 0-1 Terengganu FC (Unifi Malaysia Super League)


22nd May 2018

Terengganu vs Perak
Kuala Lumpur v Kelantan

23rd May 2018

Johor DT vs Negeri Sembilan
PKNP FC vs Selangor
Melaka United vs PKNS FC



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features