Preview : Kelantan vs Pahang (UnifiLSM)

July 29, 2018

  • Match Detail
  • Player Status
  • Match Preview
  • Summary
  • Other Matches

Tournament : Unifi Malaysia Super League 2018
Date :
29th July 2018
Day : Sunday
Time : 9.00 pm
Home Team : Kelantan
Away Team : Pahang
Venue : Sultan Muhammad IV Stadium, KOTA BHARU
Live : Iflix, HyppeTV 3


Injured :

  1. Patrick Cruz
  2. Ashar Al Aafiz
  3. Matthew Davies
  4. Issey Nakajima

Suspended :

  1. Norazam Azih

Yellow Card :

[2xYellows]

  1. Issey Nakajima Ferran
  2. Bunyamin Umar

[1xYellow]

  1. Mohd Faisal Halim
  2. R Kogileswaren
  3. Patrick Cruz
  4. R Dinesh
  5. Helmi Eliza
  6. Norshahrul Idlan Talha
  7. Safuwan Baharuddin
  8. Matthew Davies
  9. Iwuji Amutu

Peluang akhiri sebagai Naib Juara? Setelah mengakhiri kedudukan ketiga pada musim lepas setelah aksi kurang kosisten pada akhir musim sehingga dipintas Kedah nampaknya perkara yang sama terjadi pada musim ini.

Ironinya, bukan Pahang sahaja menunjukkan prestasi kurang konsisten sebaliknya 4 pasukan lain juga sedemikian untuk menyaksikan kedudukan kedua liga terpaksa ditentukan di perlawanan terakhir.

Di atas kertas, Pahang mampu untuk mencatat kemenangan ke atas pasukan kurang pengalaman Kelantan tetapi aura Kota Bharu tidak boleh dipadang enteng oleh anak-anak buah Dollah Salleh.

Pahang bakal beraksi tanpa Norazam Azih yang digantung perlawanan menyaksikan kemungkinan Wan Zaharulnizam akan mengisi tempat beliau bergandingan dengan Safuwan Baharuddin di jentera tengah.

Kehadiran semula Muslim Ahmad pada perlawanan menentang PKNS pasti melegakan kerana kecemerlangan beliau menafikan PKNS memperolehi kemenangan dan mengukuhkan kembali benteng terakhir Pahang.

Namun, gandingan beliau masih misteri kerana Afif juga sudah mula menjalani latihan dan memberi Dollah Salleh satu lagi pilihan untuk gandingan Muslim setelah Bunyamin tidak mengecewakan sepanjang ketidakhadiran Afif kerana kecederaan.

Mahu ke Piala Malaysia? Kekalahan kepada Johor DT pada Isnin menunjukkan jalan keluar kepada Kelantan dari Liga Super dan bakal beraksi di Liga Perdana pada musim hadapan.

Pelabagai masalah yang melanda pasukan ini seperti penyingkiran beberapa pemain senior, peletakan jawatan Ketua Jurulatih di pertengahan liga dan juga masalah kewangan persatuan menambah lagi ‘drama’ pasukan ini sepanjang musim 2018.

Walaupun hanya bergantung kepada pemain muda yang kurang berpengalaman, Yusri Che Lah masih mampu mengendalikan pasukan dengan baik apabila dan berjaya melakukan beberapa kejutan seperti menewaskan Kedah di Alor Setar.

Misi mereka sekarang adalah untuk menewaskan Pahang supaya dapat mengisi slot terakhir pasukan dari Liga Super untuk layak ke saingan Piala Malaysia yang akan bermula minggu hadapan.

Pertemuan sebelum ini? Semasa pertemuan kedua-dua pasukan di Kuantan pada pusingan pertama, Pahang mudah menjinakkan Kelantan dengan jaringan 3-0.

Gol-gol Pahang dijaringkan oleh Forkey Doe, Norazam Azih dan juga Mohamadou Sumareh.

Keputusan perlawanan sebelum?

Johor DT 4-0 Kelantan (Unifi Malaysia Super League)
Pahang 1-0 PKNS FC (Unifi Malaysia Super League)


28th July 2018

Johor DT vs Kuala Lumpur
PKNS FC vs Perak
Negeri Sembilan vs Melaka United

29th July 2018

Kedah vs PKNP FC
Selangor vs Terengganu FC



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features