Preview : Melaka United lwn Pahang

February 23, 2017

{tab=Fakta Perlawanan}

Fakta Perlawanan


Pertandingan :
Liga Super
Tarikh :
 25 Februari 2017
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 malam
Tuan Rumah : Melaka United
Pelawat : Pahang
Venue : Stadium Hang Jebat, PAYA RUMPUT
Siaran Langsung : TV3, Tonton.my (Streaming)
Cuaca : Hujan Sebentar, 24 ‘C

{tab=Rekod Pertemuan}

Rekod Pertemuan

 Rekod Pertemuan 6 MLK PHG 01

{tab=Status Pemain}

Status Pemain

Cedera :

1. Christie Jayaseelan
2. Fransisco Insa Bohigues

Digantung :

TIADA

Kad Kuning :

[1xKad]

1. Bright Dike
2. Mohamadou Sumareh
3. Joseph Kalang Tie
4. Wan Azraie
5. Fransisco Insa Bohigues

[2xKad]

1. Wan Zaharulnizam

{tab=Ulasan}

Ulasan


Peranan besar jentera tengah? Kemenangan besar 6-1 sudah patut dilupakan oleh anak-anak buah Dollah Salleh kerana lawan pada Sabtu ini adalah lawan yang bukannya mudah.

Seperti biasa, ketajaman Matheus Alves dan kelincahan Sumareh bakal menjadi taruhan dalam perlawanan penting ini bagi mengekori rapat Kedah yang ketika ini masih lagi mendahului carta liga manakala Ashaari yang kembali menemui sentuhan gol mungkin bakal menyebabkan Bright Dike tersisih sekali lagi pada Sabtu ini.

Peranan jentera tengah juga bakal menjadi ‘turning point’ pada pasukan kerana keberkesanan pemain di posisi ini mampu mengubah rentak perlawanan seperti yang berlaku pada perlawanan di Pasir Gudang dan Kuantan tempoh hari.

‘Pool’ yang besar juga akan memeningkan Dollah membuat pilihan berikutan pemain-pemain Joseph Kallang Tie dan Salomon bermain agak baik pada perlawanan sebelumnya walaupun sebagai pemain gantian dan juga kembalinya pemain-pemain yang cedera seperti Nurridzuan manakala Fransisco masih lagi 50-50 untuk diturunkan.

Melaka United sudah temui rentak? Melaka United pada kali ini bukanlah pasukan yang sama seperti sebelum ini.

Anak-anak buah Eric Williams nampaknya sudah boleh mengadaptasikan taktikal yang diserapkan oleh jurulatih itu setelah dilihat memperolehi kemenangan tiga kali berturut-turut pasukan ini termasuk dua kali di tempat lawan.

Pemain import yang juga Ketua pasukan mereka Ilija Spasojevic sudah menemui sentuhan gol ketika menentang Kelantan setelah kemarau mencetak jaringan sejak saingan Liga bermula dan gandingan beliau dengan Amri Yahya wajar diawasi oleh pertahanan Pahang.

Sesuatu perkara lagi yang perlu juga diambil perhatian oleh Dollah Salleh ialah kekebalan pertahanan mereka yang tidak bolos dalam 3 perlawanan terakhir dan ini juga menunjukkan mereka bukanlah calang-calang pasukan yang mudah untuk ditewaskan.

Dua orang bekas pemain Pahang iaitu R Surendran dan Fauzi Rozlan juga bakal memberi impak jika diturunkan dimana Surendren adalah antara nadi pasukan pada ketika ini manakala Fauzi sekali lagi akan menggalas tugas sebagai ‘super-sub’ seperti beraksi bersama Pahang sebelum ini.

Pertemuan sebelum ini? Tiada pertemuan sebelum ini berikutan Melaka United bermain liga yang berbeza musim lepas iaitu di Liga Premier.

Pertemuan ini juga yang pertama sejak 8 tahun dahulu dimana Pahang menewaskan Melaka 6-0 dalam saingan Piala Malaysia 2009.

Keputusan perlawanan sebelum?

Pahang 6-1 P.Pinang
Kelantan 0-2 Melaka United

{tab=Perlawanan Lain}

Perlawanan lain

 

Kedah lwn P.Pinang
JDT I lwn Tteam FC
Kelantan lwn Selangor
Felda United lwn Perak
PKNS lwn Sarawak

 

{/tabs}


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS17)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(S1FA)
Shopee FA Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN