Preview : N.Sembilan lwn Pahang (Piala FA)

May 12, 2017

{tab=Fakta Perlawanan}

Fakta Perlawanan


Pertandingan :
Piala FA
Tarikh :
13 Mei 2017
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 malam
Tuan Rumah : N.Sembilan 
Pelawat : Pahang
Venue : Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Siaran Langsung : TV3, tonton.my
Cuaca : Cerah, 24 ‘C

{tab=Rekod Pertemuan}

Rekod Pertemuan

Rekod Pertemuan FAC SF N9 PHG 01

{tab=Status Pemain}

Status Pemain

Cedera :

TIADA

Digantung :

TIADA

Kad Kuning :

[1xKad]

1. Wan Zaharulnizam
2. Matthew Davies
3. Fransisco Insa Bohigues
4. Syamim Yahya
5. Afif Amiruddin
6. Jaewon
7. Matheus Alves

{tab=Ulasan}

Ulasan


Mengulangi semangat 2014? Pahang turun dengan penuh semangat untuk kembali ke perlawanan akhir Piala FA setelah melakukannya kali terakhir pada tahun 2014 dimana Pahang muncul Juara menewaskan Johor DT melalui penentuan sepakan penalti.

Kesemua pemain berada di dalam kondisi terbaik walaupun berita kecederaan beberapa pemain seperti Matheus Alves dan Syamim Yahya.

Mohamadou Sumareh juga sudah kembali dari penggantungan pada perlawanan separuh akhir pertama dan dijangka bakal memberi masalah kepada pertahanan N.Sembilan kelak.

Terjejas tanpa Kapten? Berita ketiadaan Ketua Pasukan mereka, Nasriq Baharom yang digantung perlawanan sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada Pahang kerana prestasi cemerlang beliau yang mengekang Alves semasa di Kuantan.

Selain itu, pemain import sensasi mereka Bruno Suzuki juga kemungkinan gagal diturunkan kerana kecederaan yang dialami semasa di Kuantan.

Walaupun berstatus pasukan Liga Premier, N.Sembilan bukanlah calang-calang pasukan kerana pasukan bimbingan Asri Ninggal ini mempunyai disiplin permainan yang tinggi lebih-lebih lagi di barisan pertahanan.

Pertemuan sebelum ini? Ketika pertemuan di Kuantan, Pahang hanya mampu membawa satu bekalan gol untuk dibawa ke Seremban itupun pada perlawanan hanya berbaki 10 minit setelah Annas Rahmat tertampan bola yang dirembat Ashaari Shamsuddin.

Keputusan perlawanan sebelum?

Pahang 2-3 Kelantan (Liga Super)
ATM 1-1 N.Sembilan (Liga Premier)

{tab=Perlawanan Lain}

Perlawanan lain

 

Terengganu lwn Kedah

{/tabs}


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features