Preview : Pahang lwn Felda United (Liga Super)

April 25, 2017

{tab=Fakta Perlawanan}

Fakta Perlawanan


Pertandingan :
Liga Super
Tarikh :
 26 April 2017
Hari : Rabu
Masa : 9.00 malam
Tuan Rumah : Pahang 
Pelawat : Felda United
Venue : Stadium Darulmakmur, KUANTAN
Siaran Langsung : Tiada
Cuaca : Cerah, 23 ‘C

{tab=Rekod Pertemuan}

Rekod Pertemuan

Rekod Pertemuan 11 PHG FEL 01

{tab=Status Pemain}

Status Pemain

Cedera :

TIADA

Digantung :

TIADA

Kad Kuning :

[1xKad]

1. Bright Dike
2. Mohamadou Sumareh
3. Joseph Kalang Tie
4. Wan Azraie Wan Teh
5. Matheus Alves
6. Christie Jayaseelan
7. Muslim Ahmad
8. Faisal Rosli

[2xKad]

1. Fransisco Insa Bohigues
2. Wan Zaharulnizam
3. Mathew Davies
4. Afif Amiruddin

{tab=Ulasan}

Ulasan


Perlu menang untuk rapatkan mata? Kemaraan ke separuh akhir Piala FA menyingkirkan Johor DT perlu dilupakan segera oleh anak-anak buah Dollah Salleh.

Ini kerana kemenangan sahaja yang mampu untuk terus merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga dan juga sekurang-kurang terus mendahului Kedah di tempat kedua.

Dengan permaianan semasa yang sebenarnya sudah menurun kosistensinya setelah seri di tangan Selangor serta tewas pada Ahad, pemain perlu kembali melihat kembali prestasi mereka di semua bahagian.

Sudah lama bahagian pertahanan tidak memperolehi ‘clean sheet’ manakala posisi tengah sudah tidak ‘mencengkam’ lebih-lebih lagi jika Sumareh diikat kemas pemain lawan.

Matheus Alves juga sudah sukar bergerak bebas berikutan pihak lawan sudah menghidu ketajamannya di hadapan pintu gol yang menyebabkan beliau dikawal rapi.

Berita gembira juga diterima dengan kehadiran semua tiga pemain yang cedera iaitu Christie Jayaseelan, Nuridzuan dan juga Kiko pasti memberi lebih banyak pilihan kepada Coach Dollah Salleh.

Prestasi yoyo? Felda United bukanlah lagi pasukan yang digeruni seperti musim lepas setelah dilihat bergelut untuk layak ke Piala Malaysia.

Kehadiran Ketua Jurulatih baru mereka B Sathinathan menggantikan Azmi Mohamed mungkin melegakan pihak pengurusan namun bekas jurulatih kebangsaan itu seakan-akan gagal menemui lagi formula kebangkitan untuk pasukan beliau.

Felda mempunyai ramai pemain tempatan yang baik seperti Hadin, Wan Zack Haikal, Fakhrul Aiman, Farizal Harun dan juga Norshahrul Idlan namun mempunyai pemain import yang amat mengecewakan B Sathinathan.

Sehingga kini, Felda United memperolehi keputusan yang tidak membanggakan dalam Liga Super setakat ini termasuk tewas dengan pasukan tercorot liga Pulau Pinang di tempat sendiri.

Pertemuan sebelum ini? Pahang tewas 0-2 ketika bermain di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka yang membawa kepada peletakan jawatan Ketua Jurulatih Ahmad Shaharuddin Rosdi.

Di Darulmakmur, Felda United mudah menewaskan Pahang dengan jaringan 3-0 hasil jaringan Zah Rahan Karangan, Syukor Adan dan Forkey Doe.

Keputusan perlawanan sebelum?

JDT 2-1 Pahang (Piala FA)
Felda Utd 3-1 Tempines Rovers (Piala AFC)

{tab=Perlawanan Lain}

Perlawanan lain

 

Perak lwn Kedah
Sarawak lwn Kelantan
P.Pinang lwn Johor DT
Melaka United lwn PKNS FC
TTeam FC lwn Selangor

{/tabs}


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • Amuk Pahang di Kuantan

    Rentetan kekalahan untuk kali ketiga Pahang berjaya dielakkan apabila membelasah Kuala Lumpur 4-0 dalam perlawanan ke-12 Unifi Liga Super Malaysia

    Read More…

  • Pahang hampa di Alor Setar

    Gol jaringan ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar serta pemain tengah import Liridon Krasniqi sudah cukup untuk  meranapkan hasrat Pahang untuk

    Read More…

  • Undilah Cruz dan Azam!

    Buat kali pertama pada musim ini, dua pemain Pahang menjadi pilihan panel pemilihan untuk dinobatkan Anugerah Pemain Terbaik PFAM-asiana.my untuk

    Read More…

  • Pahang dipaksa berkongsi mata dengan Kedah

    Misi Pahang mengekalkan kemenangan sebanyak 4 perlawanan berturut-turut tersekat apabila dipaksa seri 2-2 dengan pasukan Lang Merah, Kedah dengan pemain

    Read More…

  • PBNP ziarah keluarga arwah Pak Sheikh

    Pada 27 April lalu, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) telah melakukan ziarah hormat kepada keluarga Sheikh Mahd Idris bin Sheikh

    Read More…