Preview : Pahang lwn Kelantan (Liga Super)

May 6, 2017

{tab=Fakta Perlawanan}

Fakta Perlawanan


Pertandingan :
Liga Super
Tarikh :
6 Mei 2017
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 malam
Tuan Rumah : Pahang 
Pelawat : Kelantan
Venue : Stadium Darulmakmur, KUANTAN
Siaran Langsung : Tiada
Cuaca : Cerah, 23 ‘C

{tab=Rekod Pertemuan}

Rekod Pertemuan

Rekod Pertemuan 12 PHG KEL 01

{tab=Status Pemain}

Status Pemain

Cedera :

TIADA

Digantung :

TIADA

Kad Kuning :

[1xKad]

1. Bright Dike
2. Mohamadou Sumareh
3. Joseph Kalang Tie
4. Wan Azraie Wan Teh
5. Matheus Alves
6. Christie Jayaseelan
7. Muslim Ahmad
8. Faisal Rosli

[2xKad]

1. Fransisco Insa Bohigues
2. Wan Zaharulnizam
3. Mathew Davies
4. Afif Amiruddin

{tab=Ulasan}

Ulasan


Kalah dan seri bukan lagi pilihan? Setelah seri dua kali dalam dua perlawanan terakhir Liga Super, sesuatu perlu dilakukan oleh pemain-pemain untuk memberi kembali keyakinan mereka selain menggembirakan pengurusan dan juga para penyokong.

Walaupun berjaya menewaskan Kelantan pada perlawanan pusingan pertama di Kota Bharu, rentetan seri boleh menyebabkan apa-apa sahaja boleh berlaku.

Berita yang menggembirakan ialah kehadiran semua Nurridzuan yang disenaraikan pada kesebelasan utama selain Kiko yang sudah kembali cergas walaupun hanya dimasukkan pada separuh masa kedua semasa menentang N.Sembilan.

Selain itu, kehadiran Sumareh yang digantung perlawanan sebelum ini juga pasti melegakan setelah ketidakhadirannya seolah-olah memberi sedikit kesan pada serangan semasa perlawanan Piala FA tempoh hari.

3 mata sangat penting bagi mengelak jarak mata dengan pendahulu liga menjadi semakin jauh.

Moral pemain Red Warrior terjejas? Hukuman pemotongan 6 mata untuk Kelantan oleh FMLLP sedikit sebanyak pasti akan menjejaskan moral pemain Kelantan seolah-olah usaha mereka untuk berada di tempat ke 5 pada pusingan pertama liga menjadi sia-sia.

Rekod Kelantan pada musim ini di tempat lawan yang cemerlang juga tidak boleh ditolak ketepi apabila mereka mampu merekodkan 4 kemenangan dan 1 seri termasuk menewaskan Perak di Ipoh.

Seperti biasa bisa penyerang importnya Mohammed Ghaddar perlu diambil perhatian kerana beliau seolah-olah tidak dapat dihalang menjaringkan gol setelah mengumpul 16 gol termasuk dua kali mencatat hatrik.

Pertemuan sebelum ini? Pahang menang pada perlawanan di Kota Bharu walaupun dikejutkan dengan gol awal Ghaddar pada separuh masa pertama.

Dua gol yang dijaringkan oleh Wan Zaharulnizam dan Matheus Alves pada separuh masa kedua kemudiannya memastikan 3 mata penuh dikutip oleh Pahang untuk terus mendahului carta liga ketika itu.

Keputusan perlawanan sebelum?

Pahang 1-0 N.Sembilan (Piala FA)
Sarawak 0-0 Kelantan (Liga Super)

{tab=Perlawanan Lain}

Perlawanan lain

 

Melaka United lwn Johor DT
TTeam lwn Perak
P.Pinang lwn Felda United
PKNS lwn Kedah
Sarawak lwn Selangor

{/tabs}


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • Amuk Pahang di Kuantan

    Rentetan kekalahan untuk kali ketiga Pahang berjaya dielakkan apabila membelasah Kuala Lumpur 4-0 dalam perlawanan ke-12 Unifi Liga Super Malaysia

    Read More…

  • Pahang hampa di Alor Setar

    Gol jaringan ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar serta pemain tengah import Liridon Krasniqi sudah cukup untuk  meranapkan hasrat Pahang untuk

    Read More…

  • Undilah Cruz dan Azam!

    Buat kali pertama pada musim ini, dua pemain Pahang menjadi pilihan panel pemilihan untuk dinobatkan Anugerah Pemain Terbaik PFAM-asiana.my untuk

    Read More…

  • Pahang dipaksa berkongsi mata dengan Kedah

    Misi Pahang mengekalkan kemenangan sebanyak 4 perlawanan berturut-turut tersekat apabila dipaksa seri 2-2 dengan pasukan Lang Merah, Kedah dengan pemain

    Read More…

  • PBNP ziarah keluarga arwah Pak Sheikh

    Pada 27 April lalu, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) telah melakukan ziarah hormat kepada keluarga Sheikh Mahd Idris bin Sheikh

    Read More…