Preview : Pahang lwn Melaka United

March 10, 2017

{tab=Fakta Perlawanan}

Fakta Perlawanan


Pertandingan :
Piala FA
Tarikh :
 11 Mac 2017
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 malam
Tuan Rumah : Pahang 
Pelawat : Melaka United
Venue : Stadium Darulmakmur, KUANTAN
Siaran Langsung : Tiada
Cuaca : Cerah, 23 ‘C

{tab=Rekod Pertemuan}

Rekod Pertemuan

 Rekod Pertemuan FAC PHG MLK 01

{tab=Status Pemain}

Status Pemain

Cedera :

TIADA

Digantung :

TIADA

Kad Kuning :

[1xKad]

1. Afif Amiruddin
2. Wan Zaharulnizam

{tab=Ulasan}

Ulasan


Tidak boleh pandah rendah? Tewas kepada JDT dalam perlawanan Liga Super pada Jumaat sememangnya mengecewakan pasukan Pahang kerana mereka berada di kondisi yang terbaik ketika itu.

Namun, kekalahan itu perlu dijadikan pemangkin untuk mencari titik kelemahan supaya dapat mengatasi mana-mana kelemahan.

Kembalinya Christie Jayaseelan dari kecederaan pasti menceriakan Dollah Salleh apabila beliau tidak teragak-agak menggunakan Christie pada perlawanan di Larkin.

Kekuatan di bahagian sayap akan diperkasakan dengan kehadiran Christie dan ini akan memberi kelebihan baru kepada Pahang kelak

Melaka dilanda masalah? Tewas dengan jaringan yang besar di Alor Setar bukan satu perkara yang baik untuk Eric Williams.

Beliau yang kehilangan dua pemain import iaitu Ilija Spasojevic dan Jeon Woo Young yang cedera pasti merumitkan lagi keadaan kerana terpaksa mengharapkan Amri Yahya untuk merobek gawang Pahang.

Namun, kehadiran semula Sergio Aguero pasti melegakan setelah pemain ini berjaya mengucar kacirkan pertahanan Pahang ketika masuk sebagai pemain gantian semasa pertemuan terakhir mereka di Paya Rumput.

Persoalan juga timbul adakah dua bekas pemain Pahang akan diturunkan buat pertama kali di Darulmakmur menentang pasukan yang menaikkan nama mereka sebelum ini.

Jika mereka menjadi pilihan, pasti ini akan menjadikan perlawanan pada malam Sabtu sesuatu yang menarik untuk disaksikan.

Pertemuan sebelum ini? Pahang kelihatan mudah menewaskan Melaka United ketika saingan Liga Super di Paya Rumput pada bulan Februari lalu.

Mendahului 2-0 pada separuh masa pertama dan kemudiannya Sumareh menambah satu lagi di separuh masa kedua sebelum Melaka United memperolehi gol saguhati pada minit-minit akhir perlawanan.

Keputusan perlawanan sebelum?

JDT 3-2 Pahang
Kedah 4-0 Melaka United

{tab=Perlawanan Lain}

Perlawanan lain


10 Mac 2017

PKNP FC lwn Kuantan FA

11 Mac 2017

Perak lwn Kedah
Perlis lwn Sarawak
Sabah lwn MOF FC
TTeam FC lwn Terengganu
N.Sembilan lwn P.Pinang
JDT lwn UiTM FC

{/tabs}


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS11)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN