Preview : Pahang lwn N.Sembilan (Piala FA)

April 27, 2017

{tab=Fakta Perlawanan}

Fakta Perlawanan


Pertandingan :
Piala FA
Tarikh :
30 April 2017
Hari : Ahad
Masa : 9.00 malam
Tuan Rumah : Pahang 
Pelawat : N.Sembilan
Venue : Stadium Darulmakmur, KUANTAN
Siaran Langsung : Tiada
Cuaca : Cerah, 23 ‘C

{tab=Rekod Pertemuan}

Rekod Pertemuan

Rekod Pertemuan FAC SF PHG N9 01

{tab=Status Pemain}

Status Pemain

Cedera :

TIADA

Digantung :

1. Mohamadou Sumareh

Kad Kuning :

[1xKad]

1. Wan Zaharulnizam
2. Matthew Davies
3. Fransisco Insa Bohigues
4. Syamim Yahya
5. Afif Amiruddin
6. Jaewon
7. Matheus Alves

{tab=Ulasan}

Ulasan


No Sumareh No Problem? Pahang bakal turun di Darulmakmur tanpa pemain yang menjadi pemusnah Johor DT semasa suku akhir Ahad lepas, Mohamadou Sumareh.

Beliau digantung satu perlawanan gara-gara didakwa menendang pemain Johor DT dalam perlawanan tersebut walaupun rakaman video tidak menunjukkan beliau melakukan perkara sedemikian.

Namun, ketiadaan beliau bukan satu masalah bagi Dollah Salleh yang kembali dapat menggunakan khidmat Nurridzuan dan Christie dalam perlawanan ini.

Selain itu, Dollah juga mempunyai beberapa lagi pemain seperti Wan Zaharulnizam dan Faisal Halim yang mampu menggalas tugas tersebut.

Tanpa kemenangan untuk 3 perlawanan berturut-turut pasti meresahkan peminat tetapi bermain dalam saingan kalah mati merupakan suatu perkara lain lebih-lebih lagi beraski di pusingan pertama yang memerlukan satu bekalan selesa sebelum bertandang ke tempat lawan.

Matheus Alves dan Ashaari dijangka digandingkan kembali bagi manakala kehadiaran semula Kiko bakal boleh membantu pasukan.

Rangkaian pemain import yang baik? Negeri Sembilan hadir sebagai pendahulu bagi 100plus Liga Premier dengan mempunyai penjaring terbanyak liga ketika ini Bruno Suzuki.

Dengan kekal tanpa kalah di saingan liga dan juga semasa saingan Piala FA termasuk menyingkirkan dua pasukan Liga Super Selangor dan Pulau Pinang menyebabkan pasukan bimbingan Asri Niggal ini tidak boleh dipandang rendah.

Mempunyai rangkaian pemain import yang baik termasuk di bahagian pertahanan pasti menyukarkan Pahang untuk lebih bermaharajalela di Darulmakmur.

Penyerang mereka seperti Bruno Suzuki dan Marko Simic perlu diberi perhatian oleh pertahanan Pahang jika tidak padah bakal menanti.

Pertemuan sebelum ini? Tiada pertemuan terdekat untuk kedua-dua pasukan ketika ini.

Kali terkahir mereka bertemu dalam saingan rasmi ialah di peringkat kumpulan Piala Malaysia pada tahun 2013 yang kedua-duanya dimenangi Pahang.

Keputusan perlawanan sebelum?

Pahang 1-1 Felda United (Liga Super)
Perlis 1-1 N.Sembilan (Liga Premier)

{tab=Perlawanan Lain}

Perlawanan lain

 

30 April 2017

Kedah lwn Terengganu

{/tabs}


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features