Preview : Pahang lwn P.Pinang

February 16, 2017

{tab=Fakta Perlawanan}

Fakta Perlawanan


Pertandingan :
Liga Super
Tarikh :
18 Februari 2017
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 malam
Tuan Rumah : Pahang
Pelawat : P.Pinang
Venue : Stadium Darulmakmur, KUANTAN
Siaran Langsung : TV3, Tonton.my (Streaming)
Cuaca : Hujan Sebentar, 23 ‘C

{tab=Rekod Pertemuan}

Rekod Pertemuan

 Rekod Pertemuan 5 PHG PNG 01

{tab=Status Pemain}

Status Pemain

Cedera :

1. Christie Jayaseelan
2. Fransisco Insa Bohigues

Digantung :

[1xKad]

1. Bright Dike
2. Wan Zaharulnizam
3. Joseph Kalang Tie
4. Wan Azraie
5. Mohamadou Sumareh
6. Fransisco Insa Bohigues

 

{tab=Ulasan}

Ulasan


Perlu kekal gameplay?
Kemenangan ke atas JDT II di Pasir Gudang melalui kebangkitan di separuh masa kedua setelah ketinggalan pada separuh masa pertama seharusnya dikekalkan oleh anak-anak buah Dollah Salleh.

Bermain di tempat sendiri seharusnya satu kelebihan besar kepada pemain lebih-lebih lagi menang dengan TTeam dengan jaringan besar ketika kali terakhir bermain di Darulmakmur.

Taktikal sentiasa menyerang yang diterapkan oleh Pahang pada perlawanan tersebut perlu diaplikasikan pada perlawanan ini untuk terus memberi cabaran kepada pendahulu liga Kedah.

P.Pinang yang tandus penyudah? Gagal menjaringkan sebarang gol setelah 4 perlawanan Liga Super berlangsung sememangnya memberi petunjuk P.Pinang mempunyai masalah penyudah yang tumpul pada kali ini.

Kehadiran penyerang dari Papua New Guinea, Nigel Dabinyaba yang cedera sebelum ini ke dalam skuad pasti diharap menyelesaikan masalah mereka setelah bergantung sepenuhnya dengan penyerang tempatan sebelum ini.

Selain itu, perlu diingat walaupun P.Pinang tewas dalam semua perlawanan sehingga kini, mereka hanya tewas tipis 0-1 di tangan Perak, TTeam dan Sarawak kecuali tewas 0-2 pada Selangor semasa perlawanan pembukaan.

Pergolakan dalaman mereka dengan penyokong mula mengecam pihak pengurusan dijangka tidak mengalih fokus Ashley Westwood dan anak-anak buahnya untuk cuba menjinakkan Pahang di Darulmakmur.

Pertemuan sebelum ini? Pahang tewas semasa pertemuan di Stadium Bandaraya dengan keputusan 4-1 dengan salah satu gol dalam perlawanan ini oleh Faiz Subri diiktiraf FIFA sebagai pemenang Anugerah PUSKAS semasa Gala Bolasepak Dunia baru-baru ini.

Namun, Pahang berjaya menewaskan P.Pinang dengan jaringan tipis 1-0 ketika kedua-dua pasukan sedang bergelut untuk kekal dalam Liga Super pada musim lepas.

Keputusan perlawanan sebelum?

Pahang 4-2 JDT II
MPKB Ubes FC 0-1 Pulau Pinang

{tab=Perlawanan Lain}

Perlawanan lain

17 Feb

Selangor lwn Felda United

18 Feb

Sarawak lwn Melaka United
Kelantan lwn Kedah
Perak lwn JDT I
TTeam FC lwn PKNS FC

{/tabs}


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS17)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(S1FA)
Shopee FA Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN