Preview : Pahang lwn Perak (TM Piala Malaysia)

September 12, 2017

{tab=Fakta Perlawanan}

Fakta Perlawanan


Pertandingan :
TM Piala Malaysia (Suku Akhir 1)
Tarikh :
16 September 2017
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 malam
Tuan Rumah : Pahang
Pelawat : Perak
Venue : Stadium Darulmakmur, KUANTAN
Siaran Langsung : Tiada
Cuaca : Cerah, 24 ‘C

{tab=Rekod Pertemuan}

Rekod Pertemuan

Rekod Pertemuan PMQ1 PHGPRK 01

{tab=Status Pemain}

Status Pemain

Cedera :

1. Muslim Ahmad

Digantung :

TIADA

Kad Kuning :

[2xKad]

1. Matheus Alves
2. Mohamadou Sumareh

[1xKad]

1. Matthew Davies
2. Mohd Faisal Halim
3. Wan Zaharulnizam
4. Jaewon

{tab=Ulasan}

Ulasan


Mencari bekalan selesa? Menjadi tuan rumah pada perlawanan pusingan pertama, Pahang pasti memerlukan bekalan selesa sebelum bertandang di gelanggang lawan pada Sabtu berikutnya.

Diakui Pemangku Ketua Jurulatih Pahang Ahmad Shaharuddin Rosdi tentang barisan pertahanan beliau yang rapuh perkara ini pasti menjadi tumpuan utama beliau dalam buruan mencapai kemenangan.

Ini dapat dilihat dengan jumlah bolos Pahang semasa diperingkat kumpulan yang merekodkan 8 gol bolos berbanding Perak yang hanya bolos sebanyak 3 gol.

Selain itu, kehadiran penyokong untuk memenuhi stadium juga amatlah ditagih bagi menyemarakkan lagi semangat para pemain dan menambah gerun pasukan pelawat pada Sabtu ini.

Perak hadir selaku pasukan tanpa tewas? Mengekalkan rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan semestinya sesuatu yang tidak patut dipandang ringan oleh pasukan tuan rumah.

Rekod pertahanan pasukan ini yang dikemudi oleh ketua pasukan Shahrul Kalam yang hanya bolos 3 gol pasti mnjadi cabaran utama Alves dan rakan-rakan pada hari Sabtu.

Apa yang pasti, peminat Pahang tidak akan dapat melihat aksi bekas pemain Pahang, Hafiz Kamal yang cedera ketika menjalani latihan dan kecemerlangan Hafiz dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini serba sedikit akan mencacatkan perancangan Mehmet Durokovic nanti.

Pertemuan sebelum ini? Perak dan Pahang hanya bertemu sekali pada musim ini iaitu dalam perlawanan pertama Liga SUper di Ipoh.

Dalam perlawanan itu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dengan Pahang terlebih dahulu menjaringkan gol melalui Syamim Yahya sebelum Thiago menafikan kemenangan di pihak Pahang.

Keputusan perlawanan sebelum?

Pahang 3-2 TTeam FC (TM Piala Malaysia)
Perak 2-1 Felda United (TM Piala Malaysia)

{tab=Perlawanan Lain}

Perlawanan lain

Felda United lwn PKNP FC
Melaka United lwn Johor DT
Selangor lwn Kedah

 

{/tabs}


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…