Preview : Pahang lwn PKNP FC (TM Piala Malaysia)

July 31, 2017

{tab=Fakta Perlawanan}

Fakta Perlawanan


Pertandingan :
TM Piala Malaysia
Tarikh :
1 Ogos 2017
Hari : Selasa
Masa : 9.00 malam
Tuan Rumah : Pahang
Pelawat : PKNP FC
Venue : Stadium Darulmakmur, KUANTAN
Siaran Langsung : Tiada
Cuaca : Cerah, 24 ‘C

{tab=Rekod Pertemuan}

Rekod Pertemuan

Rekod Pertemuan PM4 PHGPKNP 01

{tab=Status Pemain}

Status Pemain

Cedera :

1. Syamim Yahya

Digantung :

TIADA

Kad Kuning :

[2xKad]

1. Matheus Alves

[1xKad]

1. Matthew Davies
2. Mohamadou Sumareh
3. Mohd Faisal Halim
4. Wan Zaharulnizam
5. Jaewon

{tab=Ulasan}

Ulasan


Masa untuk butang panik? Kekalahan di tangan Negeri Sembilan Sabtu ini wajar diratapi kerana menyebabkan laluan yang sukar perlu ditempuh oleh Pahang untuk layak ke suku akhir Piala Malaysia.

Coach Shah perlu mencari kaedah berkesan untuk mengukuhkan lagi posisi tengah agar dapat lebih membantu barisan serangan supaya lebih banyak peluang dapat dicipta.

Ketiadaan Syamim mengalami kecederaan pada perlawanan menentang N.Sembilan baru-baru ini dan yang dijangka tidak akan diturunkan bukanlah satu masalah kerana Pahang mempunyai ramai pemain yang mampu menggalas posisi tersebut.

Seharusnya misi hidup dan mati untuk perlawanan ini kerana keputusan seri atau kalah akan menutup peluang ke suku akhir mengulangi rekod pada musim lepas apabila terkandas di peringkat kumpulan.

PKNP merehatkan tonggak? Hadir ke Kuantan tanpa tekanan apabila sudahpun mengesahkan tempat di suku akhir Ketua Jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim dijangka merehatkan beberapa tonggak untuk menghadapi Pahang.

Ini kerana mereka mahukan pemain lebih fokus kepada saingan Liga Premier dimana mereka masih lagi bersaing untuk merebut tempat ke Liga Super musim depan.

Penggunaan pemain muda yang menjadi acuan pasukan dari Perak ini pasti menjadi senjata utama kerana sudah banyak pasukan yang akur dengan kekuatan mereka termasuk beberapa pasukan dari Liga Super.

Pertemuan sebelum ini? Kedua-dua pasukan hanya bertemu sekali dalam mana-mana kejohanan dalam Liga Malaysia dan pertemuan pertama mereka di Ipoh menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan 1-1.

Pahang bagaimanapun terlebih dahulu mendahului PKNP hasil jaringan Matheus Alves tetapi jaringan sendiri Afif Amiruddin membolehkan PKNP mencuri satu mata memadamkan kelebihan yang dimiliki Pahang.

Keputusan perlawanan sebelum?

N.Sembilan 2-1 Pahang (TM Piala Malaysia)
PKNP FC 4-1 TTeam FC (TM Piala Malaysia)

{tab=Perlawanan Lain}

Perlawanan lain

1 Ogos 2017 (Selasa)

Kumpulan A

TTeam FC lwn N.Sembilan

Kumpulan B

Perak lwn K.Lumpur
Felda United lwn PKNS FC

Kumpulan C

Kedah lwn UiTM FC

Kumpulan D

Johor DT lwn Terengganu

2 Ogos 2017 (Rabu)

Kumpulan C

Melaka United lwn Kelantan

Kumpulan D

Selangor lwn Sarawak

{/tabs}


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • Amuk Pahang di Kuantan

    Rentetan kekalahan untuk kali ketiga Pahang berjaya dielakkan apabila membelasah Kuala Lumpur 4-0 dalam perlawanan ke-12 Unifi Liga Super Malaysia

    Read More…

  • Pahang hampa di Alor Setar

    Gol jaringan ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar serta pemain tengah import Liridon Krasniqi sudah cukup untuk  meranapkan hasrat Pahang untuk

    Read More…

  • Undilah Cruz dan Azam!

    Buat kali pertama pada musim ini, dua pemain Pahang menjadi pilihan panel pemilihan untuk dinobatkan Anugerah Pemain Terbaik PFAM-asiana.my untuk

    Read More…

  • Pahang dipaksa berkongsi mata dengan Kedah

    Misi Pahang mengekalkan kemenangan sebanyak 4 perlawanan berturut-turut tersekat apabila dipaksa seri 2-2 dengan pasukan Lang Merah, Kedah dengan pemain

    Read More…

  • PBNP ziarah keluarga arwah Pak Sheikh

    Pada 27 April lalu, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) telah melakukan ziarah hormat kepada keluarga Sheikh Mahd Idris bin Sheikh

    Read More…