Preview : Pahang lwn PKNS FC

February 28, 2017

{tab=Fakta Perlawanan}

Fakta Perlawanan


Pertandingan :
Liga Super
Tarikh :
 28 Februari 2017
Hari : Selasa
Masa : 9.00 malam
Tuan Rumah : Pahang
Pelawat : PKNS FC
Venue : Stadium Darulmakmur, KUANTAN
Siaran Langsung : Tiada
Cuaca : Hujan Sebentar, 24 ‘C

{tab=Rekod Pertemuan}

Rekod Pertemuan

 Rekod Pertemuan 7 PHG PKNS 01

{tab=Status Pemain}

Status Pemain

Cedera :

1. Christie Jayaseelan

Digantung :

TIADA

Kad Kuning :

[1xKad]

1. Bright Dike
2. Mohamadou Sumareh
3. Joseph Kalang Tie
4. Wan Azraie Wan Teh
5. Fransisco Insa Bohigues

[2xKad]

1.Wan Zaharulnizam

{tab=Ulasan}

Ulasan


Pahang sudah temui rentak? Memperolehi 3 kemenangan berturut-turut seharusnya menjadi tonik semangat buat pemain Pahang FA.

Dollah Salleh dalam komennya selepas perlawanan menentang Melaka United nyata gembira dengan persembahan anak-anak buahnya yang dilihat sudah menemui rentak untuk terus mengancam Kedah di persada liga.

Permainan yang baik ditunjukkan oleh Joseph, Ashaari dan juga Norazam Azih nyata memberi pilihan yang sukar untuk Dollah Salleh menentukan kesebelasan utama. 

Beberapa pemain yang cedera juga sudah mula kembali menjalani latihan dan ini akan menambah sengat dan bisa Pahang dari segi serangan.

Diam-diam PKNS? PKNS FC nyata tidak kosisten apabila gagal memperolehi kemenangan walaupun sebelum itu berjaya menang bergaya dengan dua pasukan gergasi iaitu Selangor dan Perak di tempat sendiri.

Mereka tewas kepada Sarawak di tempat sendiri selain hanya seri menentang TTeam dan kalah pada Melaka United di tempat lawan.

Rekod pasukan E Elaverasen di tempat lawan juga tidak memberangsangkan dan ini patut diambil kesempatan oleh Pahang untuk menewaskan mereka.

Dari segi pemain, PKNS mempunyai pemain serangan yang baik seperti Safee Sali, Ronaldinho dan Lucas Espindola yang dijangka bakal memberi masalah kepada Jaewoon dan rakan-rakan.

Pertemuan sebelum ini? Tiada pertemuan pada 2016 berikutan berada dalam divisyen yang berbeza namun Pahang diundi dalam satu kumpulan semasa Piala Malaysia 2015 dimana masing-masing memperolehi satu kemenangan hasil dari dua pertemuan.

Ironinya, kedua-dua pasukan tewas semasa beraksi di gelanggang sendiri apabila PKNS tewas di Selayang dengan keputusan 0-2 manakala Pahang tewas di Darulmakmur dengan keputusan 1-4.

Keputusan perlawanan sebelum?

PKNS FC 2-3 Sarawak
Melaka United 1-3 Pahang

{tab=Perlawanan Lain}

Perlawanan lain

 

28 Februari 2017

Sarawak lwn JDT I 

1 Mac 2017

Selangor lwn Kedah
Perak lwn Kelantan
TTeam FC Felda United
P.Pinang lwn Melaka United 

 

{/tabs}


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…