Preview : Pahang lwn TTeam FC (TM Piala Malaysia)

September 8, 2017

{tab=Fakta Perlawanan}

Fakta Perlawanan


Pertandingan :
TM Piala Malaysia
Tarikh :
9 September 2017
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 malam
Tuan Rumah : Pahang
Pelawat : TTeam FC
Venue : Stadium Darulmakmur, KUANTAN
Siaran Langsung : Tiada
Cuaca : Cerah, 24 ‘C

{tab=Rekod Pertemuan}

Rekod Pertemuan

Rekod Pertemuan PM6 PHGTTM 01

{tab=Status Pemain}

Status Pemain

Cedera :

1. Muslim Ahmad

Digantung :

TIADA

Kad Kuning :

[2xKad]

1. Matheus Alves
2. Mohamadou Sumareh

[1xKad]

1. Matthew Davies
2. Mohd Faisal Halim
3. Wan Zaharulnizam
4. Jaewon

{tab=Ulasan}

Ulasan


Misi hidup atau mati? Perlawanan pada hari Sabtu merupakan perlawanan yang penting bagi Pahang untuk meneruskan survival dalam saingan Piala Malaysia yang masuk ke perlawanan terakhir kumpulan.

Berita gembira dari kem latihan apabila kesemua pemain bebas kecederaan dan bersemangat untuk membawa Pahang ke suku akhir setelah gagal melakukannya pada musim lepas.

Bagi 2 tonggak iaitu Norazam Azih dan Matthew Davies yang mengharumkan nama negara setelah membawa pulang pingat perak di temasya Sukan SEA, kecemerlangan mereka pasti ditagih Dollah Salleh setelah menerima pujian dalam aksi mereka sepanjang temasya.

Masalah kosistensi bakal menjadi musuh utama Tok Gajah setelah liga berehat hampir sebulan walaupun sebelum rehat pasukan memperolehi dua kemenangan  penting iaitu membelasah PKNP FC 6-0 dan menewaskan Kedah dalam saingan Liga Super.

TTeam FC kelihatan hilang rentak? Tewas 4 perlawanan pada 5 perlawanan terakhir bukanlah suatu keputusan yang baik bagi anak-anak buah Rachmad Darmawan.

Lebih-lebih lagi 3 perlawanan yang tewas mereka kalah dengan margin gol yang besar iaitu tewas dengan keputusan 1-6 ditangan JDT, PKNP (1-4) dan Melaka United (1-5).

Kerapuhan benteng pertahanan selain ketumpulan bahagian serangan menjadi masalah utama TTeam ketika ini dan itu perlu diperbaiki ketika saingan berhenti rehat selama sebulan.

Seperti Pahang, pasukan dari Terengganu ini juga mempunyai masalah dari segi kosistensi setelah gagal menyerlah selepas liga bersambung kerana bulan Ramadhan dan Hari Raya.

Pertemuan sebelum ini? Kedua-dua pasukan sudah bertemu dua kali pada musim ini masing-masing dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia.

Semasa Liga Super ketika saingan baru bermula, Pahang membelasah TTeam FC 5-0 di Darulmakmur dengan dua jaringan Matheus Alves manakala Dike, Jaewon dan Sumareh masing-masing menjaringkan satu gol.

Keputusan seri 1-1 pula berakhir di Kuala Terengganu ketika saingan Kumpulan A Piala Malaysia setelah kedua-dua jaringan berlaku hanya pada 20 minit pertama perlawanan.

Keputusan perlawanan sebelum?

Pahang 2-1 Kedah (Liga Super)
TTeam FC 1-5 Melaka United (Liga Super)

{tab=Perlawanan Lain}

Perlawanan lain


Kumpulan A

N.Sembilan lwn PKNP FC

Kumpulan B

Perak lwn Felda United
K.Lumpur lwn PKNS FC

Kumpulan C

Kedah lwn Kelantan
UiTM FC lwn Melaka United

Kumpulan D

Johor DT lwn Selangor
Terengganu lwn Sarawak

 

{/tabs}


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features