Preview : Pahang vs Johor DT (SFAC)

April 6, 2018

  • Match Detail
  • Last Meeting
  • Player Status
  • Summary
  • Other Matches

Tournament : Shopee Piala FA 2018
Date :
 6th April 2018
Day : Friday
Time : 9.00 pm
Home Team : Pahang
Away Team : Johor DT
Venue : Darul Makmur Stadium, KUANTAN
Live : HyppeTV Sports3, Iflix


Injured :

  1. Forkey Doe
  2. Patrick Cruz

Suspended

NONE

Yellow Card :

[2xYellows]

  1. Safuwan Baharuddin

[1xYellow]

  1. Mohamadou Sumareh

Perlu mencari bekalan sebelum ke Larkin? Umum mengetahui kesukaran bagi pasukan pelawat untuk menang di stadium keramat Johor DT di Larkin.

Bekalan gol yang selesa adalah misi bagi anak-anak buah Dollah Salleh dan ianya tidak mustahil jika masih mengekalkan prestasi yang sama sebelum liga berhenti rehat bagi memberi laluan kepada skuad kebangsaan.

Kecederaan Forkey Doe yang terpaksa berehat sehingga tamat musim memberi tamparan kepada kem Pahang setelah kecemerlangan beliau membentuk gandingan bersama Cruz namun ini akan memberi peluang kepada Chan Vathanaka untuk beraksi setelah tersisih akibat syarat baru Piala FA yang hanya membenarkan 4 pemain import yang diturunkan.

Aspirasi musim lepas dalam saingan yang sama pasti menjadi bekalan apabila Pahang menyingkirkan Johor DT secara argregat juga pada peringkat yang sama.

Mencari kembali momentum? Johor DT seolah-olah hilang sengat setelah kehilangan Diaz yang ‘hilang’ semasa pasukan dalam persediaan hendak beraksi dalam Piala AFC beberapa bulan lepas dan juga berita pengunduran Ketua Jurulatihnya sebelum itu.

Ini dapat dilihat dengan keputusan-keputusan yang tidak memberangsangkan bagi pasukan yang dipenuhi bintang ini.

Rehat yang panjang ini pasti digunakan oleh Pemangku Jurulatih Johor DT, Raul Longhi untuk memperkemaskan pasukan dan mara sejauh mungkin dalam saingan ini setelah dikecewakan pada lawan yang sama musim lepas.

Pertemuan sebelum ini? Sebanyak 4 pertemuan antara kedua-dua pasukan pada musim lepas dalam Liga Super dan Piala FA dengan keputusan memihak kepada Johor DT.

Dalam Saingan Liga Super, Pahang tewas di kedua-dua perlawanan dengan keputusan 1-2 dan 0-2 tetapi berjaya menyingkirkan Johor DT dalam peringkat suku akhir Piala FA setelah jaringan Sumareh di Larkin membolehkan Pahang menang secara argregat.

Keputusan perlawanan sebelum?

Pahang 1-0 Kedah (Shopee Piala FA)
UiTM FC 2-3 Johor DT (Shopee Piala FA)


7th April 2018

PKNS FC vs Perak
K.Lumpur vs Selangor
PKNP vs Felda United



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features