Preview : Pahang vs Johor DT (UnifiPM)

September 23, 2018

  • Match Detail
  • Player Status
  • Match Preview
  • Summary
  • Other Matches

Tournament : Unifi Malaysia Cup 2018 (Quater Final)
Date :
 23th September 2018
Day : Sunday
Time : 9.00 pm
Home Team : Pahang
Away Team : Johor DT
Venue : Darul Makmur Stadium, KUANTAN
Live : Iflix, HypeTV Sports 3


Injured :

  1. Ashar Al Aafiz

Suspended :

NONE

Yellow Card :

NONE


Mencari bekalan selesa? Pahang kali ini pasti lega kerana senarai kecederaan sudah berkurangan setelah Patrick Cruz dan Issey Nakajima sudah mula beraksi bermula pada perlawanan menentang Sabah tempoh hari.

Dengan masing-masing menjaringkan satu gol, Dollah Salleh pasti mempunyai ramuan yang diperlukan untuk merobek kubu Johor DT dengan Norshahrul Idlan Talha selaku gandingan penyerang kepada Cruz juga menunjukkan keserasian apabila turut menjaringkan gol pada malam itu.

Kehadiran semula penjaga gol Helmi Eliza yang mencatatkan ‘clean sheet’ hasil bantuan Afif dan Muslim pasti akan dikekalkan setelah tersisih dua perlawanan sebelum kepada Ramezey Che Ros.

Apa yang pasti, Pahang perlu mencari bekalan selesa sebelum bertandang ke tempat lawan kerana kemenangan 3-0 di Larkin bukan mudah untuk diulangi kerana Johor DT pasti berwaspada supaya detik pedih tidak berlaku lagi.

Dengan keputusan di tempat sendiri yang tidak memberangsangkan sepanjang Piala Malaysia pasti Pahang akan mengambil tumpuan lebih tentang perlawanan ini.

Misi tebus maruah? Rekod buruk menentang Pahang dalam saingan kalah mati sejak 2014 pasti menggusarkan Johor DT termasuk lebur rekod tanpa kalah di Larkin.

Walaupun di bawah kendalian kejurulatihan baru iaitu gandingan Figuora dan Mora, Johor DT dilihat bangkit pada perlawanan-perlawanan terakhir mereka di peringkat kumpulan setelah agak merundum prestasi pada peringkat awal saingan.

Ketiadaan penyerang import Fernando Marquez yang cedera ketika bertemu MIFA di Shah ALam pasti merosakkan perancangan walaupun masih mempunyai pemain lain seperti Cabrera dan Hazuan sebagai pengganti.

Semestinya sasaran pelawat adalah untuk tidak bolos supaya mempunyai kelebihan semasa perlawanan kedua di Larkin nanti.

Pertemuan sebelum ini? Seperti PKNP FC, Johor DT juga seakan mempunyai jodoh dengan Pahang pada musim ini.

Perlawanan suku akhir Piala Malaysia pada Ahad ini adalah perlawanan ke 5 kedua-dua pasukan pada tahun 2018.

Paling diingati adalah ketika Pahang berjaya menyingkirkan Johor DT dalam Piala FA dengan keputusan 3-0 yang juga merupakan kekalahan pertama Johor DT di tempat sendiri setelah kebal beberapa musim dengan Patrick Cruz mencipta hatrik pada malam itu.

Sebelum itu ketika pusingan pertama di Kuantan, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Dalam saingan liga, Johor DT lebih unggul apabila menewaskan Pahang dalam kedua-dua perlawanan iaitu menang 2-1 di Kuantan dan 1-0 di Larkin.

Keputusan perlawanan sebelum?

Sabah 0-4 Pahang (Unifi Piala Malaysia)
MIFA FA 0-2 Johor DT (Unifi Piala Malaysia)


21st September 2018

Felda United vs Terengganu FC

22nd September 2018

Kelantan vs Sabah

25th September 2018

Perak vs PKNS FC



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features