Preview : Pahang vs Johor DT (UnifiLSM)

June 12, 2018
  • Match Detail
  • Last Meeting
  • Player Status
  • Summary
  • Other Matches

Tournament : Unifi Malaysia Super League 2018
Date :
12th June 2018
Day : Tuesday
Time : 10.00 pm
Home Team : Pahang
Away Team : Johor DT
Venue : Darul Makmur Stadium, KUANTAN
Live : Iflix, HyppeTV Sports 3


Injured :

  1. Afif Amiruddin
  2. Patrick Cruz

Suspended

  1. Nor Azam Azih
  2. Safuwan Baharuddin

Yellow Card :

[2xYellows]

  1. Mohamadou Sumareh
  2. Issey Nakajima Ferran

[1xYellow]

  1. Mohd Faisal Halim
  2. R Kogileswaren
  3. Patrick Cruz
  4. Matthew Davies
  5. Bunyamin Umar
  6. Wan Zaharulnizam

Masalah kecederaan dan penggantungan? Setelah mengalami masalah kecederaan ketika menghadapi Johor DT di Larkin setelah Amutu, Cruz dan Afif tidak bermain, Dollah Salleh kini menghadapi masalah baru apabila dua pemain tengah utama digantung perlawanan untuk perlawanan di Kuantan.

Nor Azam digantung kerana mengutip tiga kad kuning manakala Safuwan Baharuddin digantung kerana dilayangkan kad kuning kedua dalam perlawanan di Larkin.

Ini akan memberi peluang pemain lain seperti Dinesh dan Salomon untuk turun beraksi sebagai kesebelasan utama dan mungkin juga Norshahrul atau Wan Zaharulnizam diletakkan di bahagian tengah.

Amutu yang diketepikan di Larkin mungkin akan disenaraikan semua bagi membuktikan pembeliannya untuk baki saingan liga bersama seorang lagi pemain import dari Jepun iaitu Issey Nakajima Ferran berbaloi.

Seperti biasa, kehadiran penyokong semestinya ditagih sebagai memberi semangat kepada pemain untuk mengutip 3 mata penuh untuk yang amat diperlukan bagi memberi saingan kepada Perak yang kini menduduki tangga kedua.

Kosistensi yang menjadi senjata utama? Johor DT yang mempunyai kumpulan pemain yang besar membolehkan mereka kekal kosisten berbanding pasukan lain.

Pemain import baru mereka Fernando Elizani nampaknya memberi kesan terhadap serangan Johor DT setelah dilihat banyak memberi masalah kepada barisan pertahanan Pahang pada perlawanan di Larkin.

Pemangku Jurulatih JDT Raul Longhi pasti mensasarkan mata penuh dan pasti membawa pasukan terkuat walaupun ketika ini selesa mendahului liga dengan jurang mata yang besar.

Rekod tanpa kalah dalah saingan Liga Super di Darul Makmur yang dimiliki Johor DT juga bakal menjadi bekal kerana mereka hanya tewas kali terakhir pada musim 2014.

Pertemuan sebelum ini? Kedua-dua pasukan sudah bertemu sebanyak 3 kali pada musim ini dengan masing-masing sudah memperolehi satu kemenangan manakala satu lagi perlawanan berkesudahan dengan keputtusan seri.

Dalam perlawanan pada hari Jumaat lepas, Johor DT menang di Larkin hasil jaringan gol sendiri Bunyamin Umar.

Keputusan perlawanan sebelum?

Johor DT 1-0 Pahang (Unifi Malaysia Super League)


8th June 2018

Kelantan vs Kedah

9th June 2018

Melaka United vs Kuala Lumpur
Perak vs Negeri Sembilan
Terengganu FC vs PKNP FC

10th June 2018

PKNS FC vs Selangor



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features