Preview : Pahang vs Kedah (UMSL)

May 4, 2018
  • Match Detail
  • Last Meeting
  • Player Status
  • Summary
  • Other Matches

Tournament : Unifi Malaysia Super League 2018
Date :
5th May 2018
Day : Saturday
Time : 9.00 pm
Home Team : Pahang
Away Team : Kedah
Venue : Darul Makmur Stadium, KUANTAN
Live : Iflix, TV1 (tertunda)


Injured :

  1. Forkey Doe
  2. Norshahrul Idlan Talha

Suspended

NONE

Yellow Card :

[2xYellows]

  1. Nor Azam Azih

[1xYellow]

  1. Mohamadou Sumareh
  2. Mohd Faisal Halim
  3. R Kogileswaren

Pasukan berada di tahap terbaik? Setelah menewaskan Terengganu FC yang merupakan salah satu saingan terkuat dalam liga di tempat sendiri pasti melonjakkan semangat pasukan.

Pahang juga mahu meneruskan rentetan kemenangan dengan memburu kemenangan keempat berturut-turut sejak menewaskan Johor DT di Larkin pada April.

Kembalinya Matthew Davies yang cedera dan juga Safuwan Baharuddin yang digantung satu perlawanan pasti menceriakan Dollah Salleh untuk memberi lebih pilihan untuk kesebelasan utama kerana jika dilihat pemain yang menggantikan dua pemain ini juga beraksi cemerlang dan membuktikan mereka mampu juga menggantikan semasa ketiadaan mereka.

Penyerang import Pahang, Patrick Cruz pula kini berada di prestasi terbaiknya walaupun ketiadaan pasangan serangannya Forkey Doe apabila menjaringkan 6 gol dalam 3 perlawanan setakat ini.

Perlu baiki barisan pertahanan? Sejak Nidzam Adha kembali mengendalikan pasukan, Kedah hanya mampu menang sekali iaitu ketika menentang Selangor dan terbaru mereka hanya mampu seri 3-3 dengan pasukan tercorot Negeri Sembilan di tempat sendiri.

Kedah sememangnya sedang mengalami kemorosotan prestasi, tetapi mereka adalah pasukan yang sukar dijangka lebih-lebih lagi masih memeiliki pemain yang berkaliber dan berpengalaman seperti Baddrol Bakhtiar, Liridon Nasriqi, Syazwan Zainon dan Rizal Ghazali.

Jika dilihat dari prestasi, Nidzam Adha perlu membaiki bahagian pertahanan mereka kerana bolos hampir setiap perlawanan.

Pertemuan sebelum ini? Pahang dan Kedah ada bertemu pada musim ini ketika pusingan ke-3 Shopee Piala FA dengan keputusan memihak kepada Pahang sekaligus menyingkirkan Kedah selaku juara bertahan.

Untuk musim lepas, mereka bertemu 3 kali termasuk di perlawanan akhir Piala FA yang dimenangi Kedah dengan keputusan 3-2.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan menang ketika menjadi masing-masing menjadi tuan rumah dengan Kedah menang 4-1 di Alro Setar dan Pahang menang 2-1 di Kuantan.

Keputusan perlawanan sebelum?

Terengganu FC 1-3 Pahang (Unifi Malaysia Super League)
Kedah 3-3 N.Sembilan (Unifi Malaysia Super League)


5th May 2018

N.Sembilan vs Johor DT
PKNS FC vs Melaka United
Kelantan vs Kuala Lumpur

6th May 2018

Selangor vs PKNP FC
Perak vs Terengganu FC



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features