Preview : Pahang vs Kuala Lumpur (UMSL)

May 25, 2018
  • Match Detail
  • Last Meeting
  • Player Status
  • Summary
  • Other Matches

Tournament : Unifi Malaysia Super League 2018
Date :
25nd May 2018
Day : Friday
Time : 10.00 pm
Home Team : Pahang
Away Team : Kuala Lumpur
Venue : Darul Makmur Stadium, KUANTAN
Live : Iflix, Sports3 Hyppe TV


Injured :

  1. Mohamadou Sumareh
  2. Afif Amiruddin
  3. Faisal Rosli

Suspended

NONE

Yellow Card :

[2xYellows]

  1. Nor Azam Azih

[1xYellow]

  1. Mohamadou Sumareh
  2. Mohd Faisal Halim
  3. R Kogileswaren
  4. Patrick Cruz
  5. Matthew Davies
  6. Safuwan Baharuddin

Mahu tamatkan rentetan kekalahan? Dua kekalahan berturut-turut pasti meresahkan pasukan Pahang setelah melihat jarak mata dengan pendahulu liga semakin jauh.

Dua pemain, Afif Amiruddin dan Mohamadou Sumareh yang cedera sebelum ini masih lagi tidak cergas dengan senarai itu bertambah sorang lagi iaitu Faisal Rosli memaksa Dollah Salleh berkemungkinan besar menyenaraikan barisan hampir sama ketika menentang Kedah.

Manakala dua pemain import baru, Issey Nakajima dan Augustine Iwuji yang tidak memberi impak yang diharapkan semasa perlawanan menentang Kedah pasti akan melakukan sesuatu lebih-lebih lagi beraksi di hadapan penyokong sendiri pada perlawanan ini.

Hanya kemenangan menjadi buruan Pahang bagi terus memberi saingan dalam liga selain mengelak dipintas beberapa pasukan di tangga bawah yang kini berkongsi jumlah mata yang sama.

Semangat menang besar? Kemenangan besar membelasah Kelantan di Cheras pasti menyemarakkan lagi skuad warga kota itu ketika bertandang ke Kuantan pada malam ini.

Keberkesanan Guilmerre De Paula di bahagian hadapan dibantu rakan sepasukan lain perlu diberi perhatian oleh pertahanan Pahang kerana penyerang ini cukup tajam dihadapan gol jika diberi ruang dan peluang.

Namun begitu, skuad bimbingan Fabio Maciel ini mempunyai rekod buruk di gelanggang lawan kerana tidak pernah menang sejak liga melakukan sepak mula.

Pertemuan sebelum ini? Pada pusingan pertama liga, kedua-dua pasukan berkongsi mata dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Bolasepak KL, Cheras pada bulan April yang lepas.

Gol rembatan cantik dari Kogileswaren menyelamatkan Pahang ketika itu setelah ketinggalan 1-2 hasil jaringan De Paula dan Indra Putra Mahyuddin.

Manakala satu lagi gol Pahang dijaringkan oleh Mohamadou Sumareh.

Keputusan perlawanan sebelum?

Kedah 2-0 Pahang (Unifi Malaysia Super League)
Kuala Lumpur 5-1 Kelantan (Unifi Malaysia Super League)


26th May 2018

Terengganu vs Melaka United
Perak vs PKNP FC
Kelantan vs Negeri Sembilan
Selangor vs Kedah

27th May 2018

PKNS FC vs Johor DT



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features