Preview : Pahang vs N.Sembilan (UMSL)

March 10, 2018
  • Match Detail
  • Last Meeting
  • Player Status
  • Summary
  • Other Matches

Tournament : Unifi Malaysia Super League 2018
Date :
 10th Mac 2018
Day : Saturday
Time : 9.00 pm
Home Team : Pahang
Away Team : N.Sembilan
Venue : Darul Makmur Stadium, KUANTAN
Live : HyppeTV Sports3, Iflix


Injured :

NONE

Suspended

NONE

Yellow Card :

[2xYellows]

  1. Safuwan Baharuddin

[1xYellow]

  1. Mohamadou Sumareh

Meneruskan momentum kemenangan? Kemenangan menentang ATM di Kuantan boleh dijadikan medan terbaik untuk anak-anak buah Dollah Salleh mengkaji kelemahan dan seterusnya memperbaikinya jika tidak mahu menanggung kekalahan pertama di tempat sendiri pada musim ini.

Chan Vathanaka yang tidak bermain pada Piala FA sebelum ini atas sebab peraturan baru pasti kembali diturunkan untuk menguatkan bahagian sayap dengan gandingan Cruz-Doe akan menjadi senjata pemusnah pada perlawanan ini.

Mempunyai tonik baru? Kehadiran Mohd Azrai Khor sebagai Ketua Jurulatih baru bagi menggantikan Jurulatih dari Jerman Jorg Steinebrunner juga memberi tonik baru kepada pasukan ini.

Dengan reputasi Azrai yang tidak perlu dipertikaikan lagi, N.Sembilan wajar tidak dipandang rendah Pahang dan beliau pasti tidak mahu melangkah ke Liga Super dengan langkah kiri.

Berada di kedudukan kedua terbawah dengan hanya satu kemenangan pasti manjadikan motivasi untuk bangkit bagi pasukan ini.

Pertemuan sebelum ini? Pahang dan N.Sembilan bertemu 4 kali pada musim lepas di dalam dua saingan berbeza iaitu Piala FA dan TM Piala Malaysia.

Pertemuan pertama adalah semasa separuh akhir Pi/ala FA di Stadium Darul Makmur dengan Pahang menang dengan keputusan 1-0 hasil jaringan gol sendiri Annas dan misi N.Sembilan untuk menukar keputusan di Paroi juga gagal setelah tewas dengan keputusan 1-2.

Dalam pertandingan TM Piala Malaysia, kedua-dua pasukan diundi dalam kumpulan A dengan N.Sembilan lebih menonjol apabila berjaya seri 2-2 di Kuantan dan menang 2-1 di Paroi.

Keputusan perlawanan sebelum?

Pahang 2-1 ATM (Shopee Piala FA)
Kedah 1-0 N.Sembilan (Shopee Piala FA)


9th Mac 2018

PKNS FC vs Kelantan

10th Mac 2018

Terengganu FC vs Johor DT
K.Lumpur vs Kedah

11th Mac 2018

Perak vs Selangor
Melaka United vs PKNP FC



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • Amuk Pahang di Kuantan

    Rentetan kekalahan untuk kali ketiga Pahang berjaya dielakkan apabila membelasah Kuala Lumpur 4-0 dalam perlawanan ke-12 Unifi Liga Super Malaysia

    Read More…

  • Pahang hampa di Alor Setar

    Gol jaringan ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar serta pemain tengah import Liridon Krasniqi sudah cukup untuk  meranapkan hasrat Pahang untuk

    Read More…

  • Undilah Cruz dan Azam!

    Buat kali pertama pada musim ini, dua pemain Pahang menjadi pilihan panel pemilihan untuk dinobatkan Anugerah Pemain Terbaik PFAM-asiana.my untuk

    Read More…

  • Pahang dipaksa berkongsi mata dengan Kedah

    Misi Pahang mengekalkan kemenangan sebanyak 4 perlawanan berturut-turut tersekat apabila dipaksa seri 2-2 dengan pasukan Lang Merah, Kedah dengan pemain

    Read More…

  • PBNP ziarah keluarga arwah Pak Sheikh

    Pada 27 April lalu, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) telah melakukan ziarah hormat kepada keluarga Sheikh Mahd Idris bin Sheikh

    Read More…