Preview : Pahang vs PKNP FC (UnifiLSM)

July 11, 2018
  • Match Detail
  • Player Status
  • Last Meeting
  • Summary
  • Other Matches

Tournament : Unifi Malaysia Super League 2018
Date :
11th July 2018
Day : Wednesday
Time : 9.00 pm
Home Team : Pahang
Away Team : PKNP FC
Venue : Darul Makmur Stadium, KUANTAN
Live : Iflix, HyppeTV


Injured :

  1. Patrick Cruz
  2. Faisal Rosli
  3. Muslim Ahmad

Suspended

  1. Matthew Davies

Yellow Card :

[2xYellows]

  1. Mohamadou Sumareh
  2. Issey Nakajima Ferran
  3. Wan Zaharulnizam
  4. Bunyamin Umar

[1xYellow]

  1. Mohd Faisal Halim
  2. R Kogileswaren
  3. Patrick Cruz
  4. R Dinesh
  5. Helmi Eliza
  6. Norshahrul Idlan Talha
  7. Norazam Azih

Semangat Juara? Pahang pasti bersemangat kerana masih segar dengan kemenangan dalam perlawanan akhir Shopee Piala FA pada hari Sabtu lalu.

Ketua pasukan, Matthew Davies tidak akan beraksi malam ini berikutan digantung perlawanan manakala beberapa pemain lagi dilaporkan tidak cergas seperti Muslim Ahmad, Faisal Rosli dan juga Patrick Cruz.

Namun, Dollah Salleh pasti ada ramuan tersendiri kerana mempunyai pengganti yang sesuai untuk pemain-pemain tersebut selain kembalinya Afif Amiruddin dari kecederaan.

Sasaran tempat kedua pasti diburu tatkala Johor DT sudah mengesahkan kejuaraannya dalam Liga Super pada Selasa setelah menewaskan Perak di Ipoh.

Bergelut ketiadaan Shahrel? PKNP dilihat bergelut berikutan ketiadaan Shahrel yang berhijrah ke Liga Thailand pada bulan Jun lalu.

Ini dapat dilihat setelah dua perlawanan ketiadaan penyerang tersebut mereka hanya mampu menjaringkan dua gol dan gol tersebut pula adalah masing-masing hasil jaringan sendiri dan juga sepakan penalti.

Kini mereka mengharapkan Franklin Anzite yang menjaringkan gol melalui sepakan penalti ketika menentang Pahang di Ipoh tempoh hari untuk sekali lagi menunjukkan aksi terbaiknya bagi menggempur pertahanan Pahang yang kini semakin serasi.

Kebolehan Abu Bakar Fadzim sebagai Jurulatih juga tidak boleh diperkeciklan kerana beliau mampu untuk melakukan perubahan taktikal yang drastik tetapi berkesan ketika menentang pasukan yang lebih kuat.

Pertemuan sebelum ini? Sudah 3 kali kedua-dua pasukan bertemua dengan sekali di liga manakala dua kali ketika separuh akhir Piala FA.

Dalam 3 pertemuan tersebut, Pahang menang dalam dua perlawanan dengan keputusan yang sama 2-1 di Ipoh manakala ketika perlawanan separuh akhir pertama di Kuantan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1.

Keputusan perlawanan sebelum?

Selangor 0-2 Pahang (Shopee FA Cup)
PKNP FC 1-1 Kuala Lumpur (Unifi Malaysia Super League)


10th July 2018

Perak vs Johor DT
Melaka United vs Kedah
Terengganu FC vs Kuala Lumpur

11th July 2018

PKNS FC vs Negeri Sembilan
Kelantan vs Selangor



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features