Preview : Pahang vs PKNS FC (UnifiLSM)

July 21, 2018
  • Match Detail
  • Player Status
  • Match Preview
  • Summary
  • Other Matches

Tournament : Unifi Malaysia Super League 2018
Date :
21th July 2018
Day : Saturday
Time : 9.00 pm
Home Team : Pahang
Away Team : PKNS FC
Venue : Darul Makmur Stadium, KUANTAN
Live : Iflix, HyppeTV 3


Injured :

  1. Patrick Cruz
  2. Muslim Ahmad
  3. Ashar Al Aafiz
  4. Matthew Davies

Suspended :

  1. Wan Zaharulnizam

Yellow Card :

[2xYellows]

  1. Issey Nakajima Ferran
  2. Bunyamin Umar
  3. Norazam Azih

[1xYellow]

  1. Mohd Faisal Halim
  2. R Kogileswaren
  3. Patrick Cruz
  4. R Dinesh
  5. Helmi Eliza
  6. Norshahrul Idlan Talha
  7. Safuwan Baharuddin
  8. Matthew Davies

Mahu beri hadah untuk penyokong? 3 perlawanan dengan keputusan seri selepas memenangi Piala FA menjadi igauan kepada Ketua Jurulatih Pahang, Dollah Salleh.

Dengan PKNS juga sedang memburu kemenangan untuk mengejar kedudukan kedua liga, Pahang pasti mendapat laluan sukar pada malam ini.

Beberapa tonggak semasa menentang Melaka United tidak dapat beraksi seperti Mathew Davies yang cedera serta Wan Zaharulnizam yang diganting perlawanan kerana mengutip kad kuning ketiga.

Berita baik pula adalah kembalinya Mohamadou Sumareh setelah ketiadaannya menyaksikan sayap Pahang dilihat kurang menyerlah walaupun suatu ketika berjaya ditampung dengan baik oleh pemain muda Zuhair Aizat.

Perlawanan terakhir Liga Super di tempat sendiri pasti akan menjadi pemangkin para pemain yang mahu menghadiahkan kemenangan kepada penyokong sendiri di Darul Makmur.

Pasukan yang sukar dijangka? PKNS FC yang dibimbing bekas Ketua Jurulatih Harimau Malaya Datuk K Rajagobal ialah suatu pasukan yang sukar dijangka.

Ini dilihat kepada keputusan yang mereka perolehi kerana berjaya mencatat kemenangan 3 perlawanan berturut-turut termasuk membelasah Terengganu FC 4-0 sebelum ini.

Menduduki tempat ke tiga ketika ini, PKNS FC sudah menjaringkan 10 gol dalam 3 perlawanan menunjukkan keberkesanan barisan penyerang mereka yang perlu diambil perhatian.

Ketiadaan seorang lagi penyerang import mereka Rafael Ramazotti yang tidak dapat diturunkan kerana digantung perlawanan bukan masalah kerana King Raja masih boleh mengharapkan penyerang muda negara Firdaus Chew untuk bergandingan dengan kapten pasukan, Safee Sali.

Selain itu, pemain sayap dari Singappura, Faris Ramli juga perlu diberi perhatian kerana sebelum ini berjaya memberi masalah kepada Pahang ketika perlawanan di Stadium Shah Alam.

Pertemuan sebelum ini? PKNS menjadi tuan rumah di Shah Alam kepada Pahang di perlawanan kedua Liga Super pada Februari.

Dalam perlawanan ini, Pahang tewas pada gol kemenangan Safee Sali di minit-minit terakhir perlawanan.

Keputusan perlawanan sebelum?

Melaka United 2-2 Pahang (Unifi Malaysia Super League)
PKNP FC 0-1 PKNS FC (Unifi Malaysia Super League)


21st July 2018

Melaka United vs Selangor

22nd July 2018

Perak vs Kedah
Kuala Lumpur vs Negeri Sembilan

23th July 2018

Terengganu FC vs Kelantan
PKNP FC vs Johor DT



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features