Preview : Pahang vs Sabah (UnifiPM)

August 4, 2018

  • Match Detail
  • Player Status
  • Match Preview
  • Summary
  • Other Matches

Tournament : Unifi Malaysia Cup 2018
Date :
4th August 2018
Day : Saturday
Time : 9.00 pm
Home Team : Pahang
Away Team : Sabah
Venue : Darul Makmur Stadium, KUANTAN
Live : Iflix.


Injured :

  1. Patrick Cruz
  2. Ashar Al Aafiz

Suspended :

NONE

Yellow Card :

[2xYellows]

NONE

[1xYellow]

NONE


Pemburuan Piala ke 2 musim ini? Setelah memenangi Piala FA pada bulan Julai, Piala Malaysia merupakan trofi yang diidamkan untuk mengubat luka setelah hanya menduduki tempat keempat di dalam Liga Super sedang sebelum mempunyai peluang untuk menamatkannya dengan kedudukan yang lebih baik.

Dollah Salleh kembali mendapat sentuhan dua pemain pada perlawanan ini iaitu Norazam Azih yang digantung perlawanan dan juga Issey Nakajima yang mengalami kecederaan semasa perlawanan menentang Kelantan.

Walaupun Faisal Halim dan R Kogileswaren dipanggil Datuk Ong Kim Swee untuk menghadapi Sukan Asia di Indonesia, keupayaan pasukan tidak terjejas kerana masih ada pengganti yang setaraf seperti dua pemain muda seperti Zuhair Aizat dan Shahrul Nizam.

Aura Darul Makmur juga ditagih bagi menyemarakkan semangat pemain untuk mengutip 3 mata pertama pada musim ini di peringkat kumpulan.

Sang Badak yang kembali? Walaupun mengakhiri kedudukan liga di tangga ke enam, Sabah masih layak ke Piala Malaysia setelah peraturan ‘feeder club’ yang tidak membenarkan Johor DT II menyertai Piala Malaysia kerana pasukan abangnya sudahpun menyertai pertandingan ini.

Tetapi perkara itu bukan faktor pasukan ini boleh dipandang rendah kerana anak-anak buah Julius Ating merupakan satu pasukan yang liat untuk dikalahkan dan sukar dijangka.

Mempunyai seorang penyerang prolifik dari Puerto Rico, Hector Ramos yang kini menjaringkan 14 gol dalam liga menyebabkan Muslim dan rakan-rakan pasti akan sibuk pada perlawanan ini.

Dengan menyasarkan mengutip mata pada perlawanan ini, Sabah pasti akan bermain mati-matian dalam perlawanan pertamanya di Piala Malaysia setelah sekian lama ‘hilang’ iaitu hampir 6 tahun.

Pertemuan sebelum ini? Ini adalah pertemuan pertama Pahang dan Sabah dalam mana-mana pertandingan dalam 7 tahun.

Perlawanan terkahir kedua-dua pasukan adalah ketika Sabah masih di Liga Super pada tahun 2011 dengan Sabah menang 2-0 di Likas manakala keputusan berkesudahan seri 2-2 di Kuantan.

Keputusan perlawanan sebelum?

Kelantan 2-1 Pahang (Unifi Malaysia Super League)
PDRM 3-2 Sabah (100plus Premier League)


4th August 2018

Group A
Kuala Lumpur vs Terengganu
Perak vs Felcra FC

Group D
Selangor vs PKNP FC

5th August 2018

Group B
Felda United vs Melaka United
PDRM vs PKNS FC

Group C
Johor DT vs MIFA FA
Kedah vs Kelantan



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features