Preview : Pahang vs Selangor (UnifiLSM)

June 26, 2018
  • Match Detail
  • Last Meeting
  • Player Status
  • Summary
  • Other Matches

Tournament : Unifi Malaysia Super League 2018
Date :
26th June 2018
Day : Tuesday
Time : 9.00 pm
Home Team : Pahang
Away Team : Selangor
Venue : Darul Makmur Stadium, KUANTAN
Live : Iflix


Injured :

  1. Afif Amiruddin
  2. Patrick Cruz

Suspended

NONE

Yellow Card :

[2xYellows]

  1. Mohamadou Sumareh
  2. Issey Nakajima Ferran
  3. Matthew Davies
  4. Wan Zaharulnizam

[1xYellow]

  1. Mohd Faisal Halim
  2. R Kogileswaren
  3. Patrick Cruz
  4. Bunyamin Umar
  5. R Dinesh
  6. Helmi Eliza
  7. Norshahrul Idlan Talha

Kembalinya trio yang digantung melegakan pasukan? Semasa perlawanan separuh akhir Piala FA menentang PKNP di Kuantan pada Sabtu, 3 pemain iaitu Matthew Davies, Safuwan Baharuddin dan Norazam Azih digantung perlawanan akibat menerima dua kad kuning.

Walaupun pertandingan berbeza, ketidakhadiran mereka tampak memberi kesan apabila barisan serangan  dilihat kurang mendapat peluang menjaringkan gol berbanding ketika menang menentang Negeri Sembilan di Paroi.

Selain itu, Patrick Cruz mungkin akan diketepikan buat sementara kerana bimbang kecederaan yang dialami berulang kembali walaupun mendapat peluang beraksi selama kira-kira 20 minit semasa menentang PKNP FC.

Bersemangat setelah menang besar? Kemenangan besar menentang PKNS FC dalam saingan Shopee Piala FA pada Sabtu dilihat melonjakkan semangat pemain Selangor untuk menghadapi Pahang pada malam ini.

Pemain import dari Sepanyol, Rufino Segovia yang beraksi cemerlang pada perlawanan tersebut apabila menjaringkan hattrik pasti menjadi duri dalam daging kepada barisan pertahanan Pahang dan beliau perlu diberi perhatian rapi.

Dengan rekod yang agak baik apabila tidak kalah sepanjang perlawanan bulan Jun pasti sesuatu yang boleh dibanggakan dan perlawanan malam ini anak-anak buah Nazliazmi Mohd Nasir pastu mahu mengekalkan rekod tersebut selain rekod Selangor yang agak baik di Darul Makmur.

Pertemuan sebelum ini? Pada musim ini, Pahang berjaya menewaskan Selangor dengan jaringan 3-1 apabila dua pemain import Forkey Doe dan Patrick Cruz menjadi penyumbang jaringan kepada pasukan pelawat manakala Rufino menjaringkan gol tunggal Selangor.

Perlawanan Pahang-Selangor sentiasa menjanjikan satu perlawanan yang menarik kerana selalu menjadi seteru sejak bertahun lama di dalam Liga Malaysia.

Keputusan perlawanan sebelum?

Pahang 1-1 PKNP FC (Shopee FA Cup)
Selangor 4-0 PKNS FC (Shopee FA Cup)


26th June 2018

Perak vs Kelantan
Melaka United vs Johor DT
Kedah vs PKNS FC

27th June 2018

Terengganu FC vs Negeri Sembilan
Kuala Lumpur vs PKNP FC



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features