Preview : Perak lwn Pahang (TM Piala Malaysia)

September 23, 2017

{tab=Fakta Perlawanan}

Fakta Perlawanan


Pertandingan :
TM Piala Malaysia (Suku Akhir 2)
Tarikh :
24 September 2017
Hari : Ahad
Masa : 9.00 malam
Tuan Rumah : Perak
Pelawat : Pahang
Venue : Stadium Perak,IPOH
Siaran Langsung : Tiada
Cuaca : Cerah, 24 ‘C

{tab=Rekod Pertemuan}

Rekod Pertemuan

Rekod Pertemuan PMQ2 PRKPHG 01

{tab=Status Pemain}

Status Pemain

Cedera :

1. Muslim Ahmad

Digantung :

TIADA

Kad Kuning :

[2xKad]

1. Matheus Alves
2. Mohamadou Sumareh

[1xKad]

1. Matthew Davies
2. Mohd Faisal Halim
3. Wan Zaharulnizam
4. Jaewon
5. Norazam Azih

{tab=Ulasan}

Ulasan


Perlu gol awal? Memperolehi bekalan dengan defisit dua gol boleh dianggap sudah cukup untuk mara ke separuh akhir TM Piala Malaysia.
Namun, Perak bukanlah satu pasukan yang mudah menyerah di tempat mereka sendiri.
Pahang yang hadir ke bumi Perak dengan moral yang tinggi setelah menang dengan Sarawak di Kuantan Rabu lalu dilihat mempunyai kelebihan.
Pemain-pemain simpanan yang diberi peluang untuk bermain dalam perlawanan tersebut kelihatan menunjukkan keupayaan mereka hampir sama dengan pemain yang menjadi pilihan utama bermain.
Ini pasti memeningkan Pemangku Ketua Jurulatih, Ahmad Shahruddin Rosdi untuk memilih barisan terbaik pada perlawanan ini.

Perlawanan hidup dan mati? Seakan-akan sudah tiada harapan besar untuk membaiki kedudukan liga setelah tewas kepada Melaka United bau-baru ini, Perak melihat saingan TM Piala Malaysia menjadi pilihan tunggal untuk memberi kejayaan yang akan mengembirakan penyokong mereka.
Walaupun Pahang mendahului dengan defisit dua gol, perkataan mustahil pasti tiada dalam kamus bolaepak seperti pernah dibuktikan beberapa pasukan sebelum ini.
Apapun, Perak pasti sedikit terjejas setelah ayam tambatan mereka, Yaser Pinto mengalami kecederaan dan gagal untuk beraksi pada malam ini.

Pertemuan sebelum ini? Dalam perlawanan suku akhir pertama sebelum ini, Pahang berjaya menewaskan Perak dengan keputusan 3-1.
Kesemua gol Pahang dijaringkan pada separuh masa pertama oleh Wan Zaharulnizam, Afif Amiruddin dan juga Matheus Davies.
Manakala Perak mendapat gol di tempat lawan melalui Gilmar yang sekurang-kurangnya sebagai bekalan dari segi perngiraan argregat nanti.

Keputusan perlawanan sebelum?

Pahang 3-0 Sarawak (MSL)
Melaka United 3-1 Perak (MSL)

{tab=Perlawanan Lain}

Perlawanan lain


PKNP FC lwn Felda United
Johor DT lwn Melaka United
Kedah lwn Selangor

 

{/tabs}


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features