Preview Perlawanan : Pahang lwn TTeam

January 24, 2017

{slider=Fakta Perlawanan}

Fakta Perlawanan


Tarikh :
27 Januari 2017
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 malam
Tuan Rumah : Pahang
Pelawat : T Team FC
Venue : Stadium Darulmakmur, KUANTAN
Siaran Langsung : Tiada
Cuaca : Hujan, 26 ‘C

{/slider}

{slider=Rekod Pertemuan}

Rekod Pertemuan

 Rekod Pertemuan PHG TTM 01

{/slider}

{slider=Status Pemain}

Status Pemain

Masih Cedera :

1. Saifulnizam Miswan
2. Nurridzuan Abu Hassan
3. R Kogileswaren
4. Christie Jayaseelan
5. Muslim Ahmad

{/slider}

{slider=Ulasan}

Ulasan


Mencari penyelesaian peledak?
Masalah serangan memang menjadi isu utama Dollah Salleh apabila terpaksa menggunakan Sumareh dan Ashaari sebagai jentera serangan menentang Perak minggu lepas.

Kedatangan dua penyerang import baru iaitu Matheus Alves dari Brazil dan Chinedu Dike (Nigeria) pasti membantu dalam segi serangan setelah kedu-duanya sudah berjaya mendapat ITC masing-masing beberapa hari lepas.

Sebelum ini Dollah terpaksa melupakan menagih khidmat Matheus yang gagal memperolehi ITC walaupun sudah disenaraikan dalam skuad menentang Perak.

‘Kechik’ kembali dari penggantungan? Kembalinya Wan Zaharulnizam (Kechik) dari penggantungan pasti melegakan Dollah apabila bakal memiliki satu lagi pemain sayap setelah persembahan cemerlang yang dipamerkan oleh Joseph dan Syamim di Ipoh.

Beliau yang sebelum ini digantung perlawanan akibat hukuman dari FAM kerana menerima kad merah semasa perlawanan terakhir Kelantan menentang Perak pada Oktober lalu.

TTeam yang misteri? Pasukan TTeam yang sering melakukan persiapan yang misteri kerana kurang mendapat tumpuan tatkala dibayangi oleh pasukan ‘abang’ Terengganu walaupun beraksi di peringkat liga yang lebih tinggi.

Hanya seorang pemain senior iaitu Fakhrulrazi Musa yang berpindah dari Terengganu membarisi pasukan kendalian Rahmad Dermawan tahun ini selain dari kembalinya pemain import dari Uzbekistan, Farhod Tadjiyev.

Pertemuan sebelum ini? Kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri dalam kedua-dua perlawanan Liga Super iaitu 2-2 di Kuantan manakala keputusan 1-1 dicatat di Kuala Terengganu.

Semasa perlawanan pusingan kedua Piala FA yang diadakan di Kuantan, Pahang berjaya menewaskan TTeam dalam masa tambahan hasil jaringan Dalibor Volas setelah terikat dengan keputusan 1-1 dalam 90 minit perlawanan.

Keputusan perlawanan sebelum?

Perak 1-1 Pahang
TTeam 1-1 Sarawak

{/slider}

{slider=Perlawanan Lain}

Perlawanan lain

P.Pinang vs Perak TBG
Selangor lwn Melaka United
JDT I lwn Felda United
PKNS FC lwn Kelantan
Kedah lwn Sarawak

{/slider}


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features