Preview Perlawanan : Perak vs Pahang

January 20, 2017

{slider=Fakta Perlawanan}

Fakta Perlawanan


Tarikh :
21 Januari 2017
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 malam
Tuan Rumah : Perak TBG
Pelawat : Pahang
Venue : Stadium Perak, IPOH
Siaran Langsung : TIADA
Cuaca : Hujan, 27 ‘C

{/slider}

{slider=Rekod Pertemuan}

Rekod Pertemuan

 Rekod Pertemuan PRK PHG 01

{/slider}

{slider=Status Pemain}

Status Pemain

Pahang bertandang ke Ipoh tanpa membawa beberapa pemain akibat mengalamai kecederaan seperti R Kogileswaren, Cristie Jayaselan, Nurridzuan Abu Hassan dan Saifulnizam Miswan.

Selain itu, Dollah Salleh juga tidak dapat menggunakan Wan Zaharulnizam yang digantung perlawanan semasa mewakili Kelantan pada musim 2016.

{/slider}

{slider=Ulasan}

Ulasan


Barisan Serangan yang baru?
Pengguguran pemain import Nigeria, Julius Oiboh dan digantikan dengan pemain import baru dari Brazil, Matheus Alves bakal menjadi masalah kerana Alves baru sahaja tiba dan sempat berlatih sehari bersama rakan sepasukan yang lain.

Jika diturunkan, Alves dijangka bergandingan dengan ‘Silent Killer’ Ashaari Shamsuddin yang dilihat sentiasa menjadi pilihan Dollah Salleh semasa perlawanan pra-musim.

Sumareh juga boleh mengambil peranan sebagai penyerang pembantu dengan Ashaari menjadi penyerang utama.

‘Build up’ menggunakan sayap? Dengan kehadiran pemain sayap yang ramai, Dollah Salleh mungkin menggunakan serangan dari posisi ini untuk melakukan strategi serangan pada malam Sabtu.

Ketiadaan Christie atau Zaharulnizam di bahagan sayap bagaimanapun boleh ditampung oleh pemain lain seperti Faisal Halim mahupun Syamim Yahya manakala di bahagian tengah Fransisco hampir pasti mengisi bahagian itu dengan kemungkinan Nor Azam Azih akan menjadi rakan gandingan beliau.

Walaupun begitu, Joseph Kallang ataupun Syamim juga boleh menjadi calon untuk mengisi tempat Nor Azam.

Pertemuan sebelum ini? Pada musim 2016, Pahang menewaskan Perak 4-3 di Ipoh dengan Dalibor Volas menjaringkan hattrik dan merupakan kemenangan pertama dalam Liga Super setelah mengalami rentetan kekalahan.

Namun, Perak membalas dendam dengan menewaskan Pahang di Stadium Darulmakmur dengan keputusan 2-1 sekaligus menyukarkan lagi laluan Pahang yang ketika itu sedang bergelut untuk kekal dalam liga.

{/slider}

{slider=Perlawanan Lain}

Perlawanan lain

JDT lwn Kedah
Selangor lwn P.Pinang
Kelantan lwn Melaka United
Felda United lwn PKNS FC
TTeam FC lwn Sarawak

{/slider}


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS10)
Super League
Perak Stadium, IPOH

(LS11)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN