Preview Perlawanan : Sarawak lwn Pahang

February 2, 2017

{slider=Fakta Perlawanan}

Fakta Perlawanan


Tarikh :
4 Februari 2017
Hari : Sabtu
Masa : 8.15 malam
Tuan Rumah : Sarawak
Pelawat : Pahang
Venue : Stadium Negeri, KUCHING
Siaran Langsung : Tiada
Cuaca : Mendung, 24 ‘C

{/slider}

{slider=Rekod Pertemuan}

Rekod Pertemuan

 Rekod Pertemuan SAR PHG 01

{/slider}

{slider=Status Pemain}

Status Pemain

Cedera :

1. Christie Jayaseelan

Digantung :

TIADA

Kad Kuning :

[1xKad]

1. Fransisco Insa Bohigues 
2. Bright Dike

[2xKad]

TIADA

{/slider}

{slider=Ulasan}

Ulasan


Mencari momentum? 
Kemenangan dengan keputusan besar menjinakkan TTeam di Darulmakmur bukanlah menjadi ukuran kepada kekuatan Pahang ketika ini.

Bagi Ketua Jurulatih Pahang, Dollah Salleh sasaran beliau apa yang penting ketika ini mencari kesefahaman antara pemain import yang masih baru dengan pemain tempatan selain mencipta momentum kemenangan yang pasti akan menaikkan moral pemain.

Dollah mempunyai pilihan yang banyak? Persembahan yang terpuji buat beberapa pemain seperti Faisal Rosli, Syamim Yahya dan Wan Zaharulnizam akan membuatkan Dollah sukar nmemilih berikutan mempunyai ramai pemain lain yang boleh diturunkan ketika ini.

Dengan kehadiran semula Nurridzuan, Kogileswaren dan Saifulnizam Miswan yang pulih dari kecederaan sejak awal musim pasti memberi Dollah lebih pilihan untuk menguatkan pasukan.

Hanya Christie Jayaseelan yang masih cedera namun sudah mula menjalani latihan ringan bersama pasukan minggu ini cuma status beliau masih diragui.

Sarawak, lawan yang ‘degil’? Pasukan Sarawak kali ini tampak lebih ‘degil’ setelah tidak mudah dijinakkan oleh Juara Piala Sumbangsih 2017, Kedah walaupun bermain di hadapan ribuan penyokong sendiri.

David Usop menyifatkan Sarawak hanya tewas pada pada 20 minit terakhir perlawanan di Alor Setar setelah menguasai dan mendahului sepanjang 70 minit perlawanan tersebut akibat pemainnya hilang fokus terhadap permainan.

Dibarisi rata-rata pemain muda, skuad Sarawak juga dibarisi pemain import dari Filipina Mart Hartman yang juga pakar untuk sepakan percuma tetapi agak tempang di barisan serangan setelah kehilangan Matteo Roskam yang cedera.

Pertemuan sebelum ini? Pahang mempunyai rekod yang baik menentang Sarawak namun agak sukar untuk memperolehi kemenangan di Kuching sejak mereka bertemu.

Kedua-dua pasukan hanya seri 1-1 di Kuching tetapi Pahang memperolehi kemenangan dengan keputusan 2-0 di Kuantan hasil dua gol oleh penyerang import dari Argentina, Pablo Vranjican.

Keputusan perlawanan sebelum?

Pahang 5-0 TTeam FC
Kedah 3-2 Sarawak

{/slider}

{slider=Perlawanan Lain}

Perlawanan lain

Perak TBG lwn Melaka United
PKNS FC lwn Selangor
Felda United lwn Kedah
TTeam lwn P.Pinang
Kelantan lwn JDT I (ditangguhkan)

{/slider}


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features