Preview : PKNP FC vs Pahang (Shopee Piala FA)

June 29, 2018

  • Match Detail
  • Player Status
  • Summary
  • Other Matches

Tournament : Shopee FA Cup 2018 (Semi Final 2)
Date :
 1st July 2018
Day : Sunday
Time : 9.00 pm
Home Team : PKNP FC
Away Team : Pahang
Venue : Perak Stadium, IPOH
Live : Iflix


Injured :

  1. Afif Amiruddin
  2. Patrick Cruz
  3. Mohamadou Sumareh

Suspended

NONE

Yellow Card :

[1xYellow]

  1. Afif Amiruddin
  2. Mohamadou Sumareh

Perlu gol awal? Kehadiran semula 3 pemain tonggak yang tersisih ketika separuh akhir pertama sebelum ini pasti akan merubah corak permainan Pahang yang dilihat gagal memberi impak terutama di jentera tengah.

Dua pemain import iaitu Patrick Cruz dan Mohamadou Sumareh pula masih belum pasti diturunkan namun tetap dibawa ke Ipoh untuk dinilai tahap kecergasan.

Pahang perlu mencari gol awal agar dapat memadam kelebihan jaringan gol di tempat lawan PKNP ketika separuh akhir pertama dan Dollah Salleh pasti sudah merangka stategi bersesuaian untuk mencapai matlamat itu.

Masih belum selesa? Ketika ini, PKNP FC berpegang kepada kelebihan jaringan gol ditempat lawan untuk mereka layak ke perlawanan akhir untuk kali pertama dalam sejarah penubuhan mereka.

Namun, itu bukanlah faktor utama yang selamat untuk mereka dan untuk itu melakukan strategi menyerang pasti digunakan berbanding ketika di Kuantan apabila mereka dilihat lebih defensif.

Kehilangan penyerang utama yang juga Ketua Pasukan, Shahrael Fikri yang dipinjamkan ke kelab Nakhon Ratchasima di Thailand pasti dirasai oleh Abu Bakar Fadzim dimana barisan serangan mereka gagal menjaringkan gol ketika bertemu Kuala Lumpur Rabu lepas.

Pertemuan sebelum ini? Ketika perlawanan separuh akhir pertama di Kuantan, Pahang dan PKNP terikat dengan keputusan seri 1-1 masing masing hasil jaringan Wan Zaharulnizam untuk Pahang dan Syukri Hamid untuk PKNP FC.

Keputusan ini membolehkan PKNP memperolehi away gol yang berharga untuk dipertahankan di Ipoh.

Keputusan perlawanan sebelum?

Pahang 1-1 Selangor (unifi Malaysia Super League)
PKNP FC 1-1 Kuala Lumpur (unifi Malaysia Super League)


30th June 2018

PKNS FC (0) vs (4) Selangor


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features