Preview : PKNP FC vs Pahang (UnifiLSM)

May 31, 2018
  • Match Detail
  • Last Meeting
  • Player Status
  • Summary
  • Other Matches

Tournament : Unifi Malaysia Super League 2018
Date :
2nd June 2018
Day : Saturday
Time : 10.00 pm
Home Team : PKNP FC
Away Team : Pahang
Venue : Perak Stadium, IPOH
Live : Iflix, TV1


Injured :

  1. Mohamadou Sumareh
  2. Afif Amiruddin
  3. Patrick Cruz

Suspended

NONE

Yellow Card :

[2xYellows]

  1. Nor Azam Azih

[1xYellow]

  1. Mohamadou Sumareh
  2. Mohd Faisal Halim
  3. R Kogileswaren
  4. Patrick Cruz
  5. Matthew Davies
  6. Safuwan Baharuddin
  7. Issey Nakajima Ferran

Bertandang tanpa beberapa pemain utama? Kecederaan beberapa pemain utama meresahkan Pahang menjelang pertemuan menentang PKNP malam ini.

Walaupun ketiadaan Afif dilihat boleh digalas oleh Bunyamin Umar yang membuat gandingan mantap bersama Muslim tetapi ketiadaan Sumareh dan Cruz nyata beri kesan.

Dua pemain import baru, Amutu dan Issey kelihatan sudah mendapat sentuhan apabila menjaringkan gol ketika menentang Kuala Lumpur dan diharap sentuhan ini akan berterusan sehingga akhir musim.

Anak-anak buah Dollah Salleh perlu mengutip 3 mata penuh untuk sekurang-kurangnya berpeluang memintas Perak yang akan menentang Johor DT pada malam yang sama.

Mendapat motivasi tambahan? Pengumuman pertukaran venue ke ‘rumah’ yang sebenar oleh MFL ke Ipoh nyata menggembirakan PKNP yang sebelum ini terpaksa merantau ke Batu Kawan selama separuh musim.

Selain itu, kehadiran pemain import baru dari Chad, Karl Max Dany yang bermain posisi penyerang dan pertahanan Kim Sang Woo dari (Korea Selatan) bakal memberi nafas baru kepada pasukan yang juga lawan di Separuh Akhir Piala FA nanti.

Abu Bakar akan kehilangan dua pemain iaiatu Ezanie Salleh dan Hafiz Ramdan kerana kecederaan dan itu pasti menukar sedikit taktikal untuk memburu 3 mata penuh di tempat sendiri.

Pertemuan sebelum ini? Kedua-dua pasukan tidak bertemu lagi pada musim ini setelah perlawanan pada pusingan pertama sebelum ini ditunda ke tarikh lain kerana memberi peluang kepada pasukan kebangsaan mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan menentang Bhutan pada bulan April.

Hanya dua pertemuan pernah dilalui oleh dua pasukan ini iaitu semasa saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia musim lepas dengan Pahang menang dengan keputusan 6-0 di Kuantan manakala seri ketika bermain di Ipoh.

Keputusan perlawanan sebelum?

Perak 4-3 PKNP FC  (Unifi Malaysia Super League)
Pahang 4-0 Kuala Lumpur (Unifi Malaysia Super League)


1st June 2018

Kedah vs Melaka United
Selangor vs Kelantan

2nd June 2018

Johor DT vs Perak
Kuala Lumpur vs Terengganu FC

3rd June 2018

Negeri Sembilan vs PKNS FC



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…