Preview : PKNP FC vs Pahang (UnifiPM)

August 18, 2018

  • Match Detail
  • Player Status
  • Match Preview
  • Summary
  • Other Matches

Tournament : Unifi Malaysia Cup 2018
Date :
 18th August 2018
Day : Saturday
Time : 9.00 pm
Home Team : PKNP FC
Away Team : Pahang
Venue : Penang State Stadium, BATU KAWAN
Live : Iflix, HypeTV Sports 3


Injured :

  1. Ashar Al Aafiz
  2. Issey Nakajima
  3. Patrick Cruz

Suspended :

NONE

Yellow Card :

[1xYellow]

  1. Safuwan Baharuddin
  2. Muslim Ahmad
  3. Iwuji Amutu

Perlukan momentum kemenangan? Pertemuan kali kelima ini pasti akan menyebabkan kedua-dua pasukan seolah-olah sudah ‘masak’ dengan corak permainan masing-masing.

Pahang akan ke Batu Kawan tanpa dua pemain import iaitu Issey Nakajima dan Patrick Cruz kerana tidak cergas.

Kecederaan Issey yang dialaminya sebelum ini kembali berulang ketika menentang Selangor di Shah Alam manakala Cruz masih belum cergas sepenuhnya dan Dollah mahu dia benar-benar cergas sebelum mendapat lampu hijau untuk diturunkan.

Afif yang beraksi baik membentuk gandingan dengan Muslim sebelum ini pasti akan diturunkan setelah berjaya kembali mengelak gawang yang dikawal Helmi dari dibolosi setelah sekian lama gagal melakukannya oleh pasukan Pahang.

Kemenangan adalah penting bagi mengukuhkan kedudukan serta menjarakkanjurang mata antara Sabah yang mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri menentang Selangor yang kini dilanda masalah prestasi.

Mahu ubat kekecewaan? Seperti Pahang, Abu Bakar Fadzim pasti sudah memahami strategi dan kemampuan Pahang setelah bertemu buat kali kelima pada malam ini.

Setelah membelasah Selangor di Shah Alam, kekalahan di tangan Sabah di Likas pada minit-minit terakhir permainan pasti mengecewakan Abu Bakar.

PKNP FC yang kehilangan Shahrel Fikri yang berhijrah ke Liga Thailand juga terpaksa melupakan khidmat seorang lagi penyerang import Franklin Anzite yang mengalami penurunan prestasi dan kini bergantung kepada Fandi Ahmad dan Hafiz Ramdan untuk merobek gawang Pahang.

Selain itu, PKNP juga bakal kehilangan sokongan setelah terpaksa ‘menumpang’ bermain di Batu Kawan setelah Stadium Perak terpaksa ditutup untuk memberi laluan kepada persediaan SUKMA 2018.

Pertemuan sebelum ini? Ini adalah perlawanan ke lima antara kedua-dua pasukan pada musim ini.

Dua perlawanan bagi saingan Unifi Liga Super manakala lagi dua perlawanan adalah semasa separuh akhir Shopee Piala FA.

Pahang menang kedua-dua perlawanan dengan keputusan 2-1 semasa PKNP menjadi tuan rumah di Ipoh tetapi hanya seri ketika di Kuantan iaitu masing-masing dengan keputusan 1-1 dan 0-0.

Keputusan perlawanan sebelum?

Sabah 0-1 PKNP FC (Unifi Piala Malaysia)
Selangor 0-2 Pahang (Unifi Piala Malaysia)


17th August 2018

Group B
Melaka United vs PDRM

Group C
Kelantan vs Johor DT

18th August 2018

Group A
Terengganu FC vs Felcra FC

Group C
Kedah vs MIFA FA

Group D
Sabah vs Selangor

19th August 2018

Group A
Kuala Lumpur vs Perak

Group B
Felda United vs PKNS FC



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features