Preview : PKNS FC vs Pahang

February 7, 2018
  • Match Detail
  • Last Meeting
  • Player Status
  • Summary
  • Other Matches

Tournament : Unifi Malaysia Super League 2018
Date :
 7th February 2018
Day : Wednesday
Time : 9.00 pm
Home Team : PKNS FC
Away Team : Pahang
Venue : Shah Alam Stadium, SHAH ALAM
Live : TVi RTM, Iflix

Injured :

NONE

Suspended

NONE

Yellow Card :

[2xYellows]

NONE

[1xYellow]

NONE

Perlu segera mendapat rentak? Keputusan seri dengan Perak tempoh hari melihatkan beberapa pemain masih bergelut mendapat rentak.

Beberapa pemain tidak menyertai perlawanan pra musim di Bangkok dan Terengganu dan sedikit sebanyak ini menjejaskan persefahaman pasukan.

Bebas dari sebarang kecederaan menyebabkan Dollah Salleh mempunyai ramai pemain untuk dijadikan pilihan.

Manakala bagi pemain import dari Argentina, Sergio Unrein perlawanan ini merupakan medan terbaik beliau membuktikan kemampuannya jika diturunkan setelah hanya bermula dari bangku simpanan pada Ahad lepas.

Faktor King Gobal? Reputasi bekas jurulatih kebangsaan ini tidak boleh dipertikaikan lagi walaupun gagal membawa Sarawak ke tahap lebih baik pada musim 2016 selepas hanya mengendalikan pasukan itu hanya pada separuh musim.

Gabungan kembali beliau bersama bekas anak didiknya di pasukan kebangsaan seperti Safee Sali, Kyril Muhymeen dan MAhali Juzaili patut diberi perhatian selain kemasukan beberapa pemain muda berbakat iaitu Jefri Chew, Rodney Akwensivie, Faizat Ghazali dan Qayyum Marjoni tidak patut dipandang rendah sang pelawat.

Datuk Rajagobal juga berjaya mendapatkan pemain import yang terbukti kemampuannya seperti bekas pemain Kedah, Zac Anderson, bekas penyerang prolifik Brunei DPMM FC, Rafael Ramazotti dan pemain kebangsaan Singapura, Faris Ramli.

Pertemuan sebelum ini? Kedua-dua pasukan hanya bertemu 2 kali dalam saingan Liga Super dengan Pahang memenangi kedua-dua perlawanan dengan keputusan yang selesa iaitu menang 1-3 di Shah Alam dan 3-0 di Kuantan.

Keputusan perlawanan sebelum?

Terengganu FC 2-2 PKNS FC
Pahang 0-0 Perak

6th February 2018

Johor DT 3-0 PKNP FC
Kelantan 1-1 Terengganu FC

7th February 2018

N. Sembilan vs Kuala Lumpur
Kedah vs Perak
Selangor vs Melaka United


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features