Preview : Selangor vs Pahang (UMSL)

February 24, 2018
  • Match Detail
  • Last Meeting
  • Player Status
  • Summary
  • Other Matches

Tournament : Unifi Malaysia Super League 2018
Date :
 24th February 2018
Day : Saturday
Time : 9.00 pm
Home Team : Selangor
Away Team : Pahang
Venue : KLFA Stadium, CHERAS
Live : HyppeTV Sports3


Injured :

NONE

Suspended

NONE

Yellow Card :

[2xYellows]

NONE

[1xYellow]

  1. Safuwan Baharuddin

Selesai  masalah ‘malu’ di depan gol? Kehadiran Forkey Doe semasa perlawanan menentang Kelantan kelihatan seperti menyelesaikan masalah ketumpula  penyudahdi depan gol seperti dua perlawanan terdahulu.

Kini Pahang merekrut seorang lagi penyerang dari Brazil iaitu bekas pemain TTeam, Patrick Cruz untuk menambah sengat di barisan hadapan.

Alex pula digugurkan dan ini memungkinkan Dollah kembali menyenaraikan Afif bergandingan dengan Muslim Ahmad.

Gergasi mahu bangkit? Selangor bagai tersentak seketika setelah tewas di tangan di Terangganu FC di Kuala Terengganu pada perlawanan sebelum ini setelah cemerlang menang dua perlawanan terdahulu.

Kehadiran semula beberapa pemain seperti Joseph Kalang Tie dan Azamuddin Akil dari kecederaan menambah pilihan Ketua Jurulatih Selangor, P Maniam untuk mencari ramuan terbaik menundukkan Pahang.

Beraksi di Stadium Cheras mungkin tidak akan menjadi segerun beraksi di Stadium Shah Alam dan dijangka kuantiti seimbang bagi penyokong kedua-dua pasukan.

Pertemuan sebelum ini? Hanya dua pertemuan pada musim 2017 di saingan Liga Super dengan Pahang mendominasi setelah berjaya menang di Selayang.

Untuk perlawanan di Kuantan, Pahang nyaris tunduk kepada Red Giant tetapi gol Faisal Rosli pada minit akhir perlawanan berjaya membuatkan Pahang mencuri satu mata.

Keputusan perlawanan sebelum?

Terengganu FC 1-4 Selangor
Pahang 3-0 Kelantan


23rd February 2018

Negeri Sembilan 1-2 Terengganu FC

24th February 2018

Kelantan vs Perak
Johor DT vs Melaka United

25th February 2018

PKNP FC vs Kuala Lumpur
PKNS FC vs Kedah



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features