Preview : Selangor vs Pahang (UnifiPM)

August 11, 2018

  • Match Detail
  • Player Status
  • Match Preview
  • Summary
  • Other Matches

Tournament : Unifi Malaysia Cup 2018
Date :
 11th August 2018
Day : Saturday
Time : 9.00 pm
Home Team : Selangor
Away Team : Pahang
Venue : Shah Alam Stadium, SHAH ALAM
Live : Iflix, TV2


Injured :

  1. Ashar Al Aafiz

Suspended :

NONE

Yellow Card :

[2xYellows]

NONE

[1xYellow]

NONE


Perlu penyelesaian masalah serangan? Pahang ketika ini dilihat mempunyai isu dalam jentera serangan apabila dilihat buntu dalam mencari gol walaupun mempunyai deretan peluang yang boleh menghasilkan gol.

Kembalinya Patrick Cruz dan Issey Nakajima yang cedera, pasti boleh menyelesaikan masalah tersebut setelah kedua-dua pemain dilihat mula menjalani latihan penuh dan dibawa juga bersama ke Shah Alam pada malam ini.

Namun, peraturan yang hanya membenarkan 4 pemain import sahaja dibenarkan beraksi bakal menyaksikan satu pemain terpaksa dikorbankan dan seperti di Piala FA Issey yang menjadi mangsa.

Pahang pasti akan menggunakan kesempatan atas aksi merundum Selangor ketika ini yang hanya mencatat beberapa kemenangan semenjak tewas pada Pahang dalam perlawanan akhir Piala FA.

Gergasi terluka? Bermula dengan langkah kiri setelah kembali kepada gelanggang keramat mereka Stadium Shah Alam apabila dijinakkan PKNP FC dengan keputusan 0-3, Selangor pasti tidak mahu perkara sama berulang pada malam ini.

Walaupun Ketua Jurulatih Selangor,  Nazliazmi Nasir dilihat lebih gemar menurunkan skuad muda sebelum ini, perlawanan menentang Pahang dijangka akan menjadi sukar dan pemain yang lebih berpengalaman akan ditagih kudratnya.

Ayam tambatan berbisa yang juga penjaring terbanyak Liga Super, Rufino Segovia perlu diberi perhatian oleh pertahanan Pahang kerana bakal menjadi duri dalam daging kepada mereka.

Pertemuan sebelum ini? Pahang menguasai sebahagian besar pertemuan pada musim ini apabila menang 2 dari 3 perlawanan termasuk ketika muncul Juara Piala FA pada Julai lepas.

Satu lagi perlawanan di Kuantan kedua-dua pasukan hanya terikat masing-masing dengan satu jaringan.

Keputusan perlawanan sebelum?

Selangor 0-3 PKNP FC (Unifi Piala Malaysia)
Pahang 1-1 Sabah (Unifi Piala Malaysia)


10th August 2018

Group C
Johor DT vs Kedah
MIFA FA vs Kelantan

11th August 2018

Group A
Perak vs Terengganu FC

Group B
Melaka United vs PKNS FC

Group D
Sabah vs PKNP FC

12th August 2018

Group A
Felcra FC vs Kuala Lumpur

Group B
PDRM vs Felda United

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features