Ranjau berduri buat Pahang

July 23, 2019

Pahang bakal menghadapi halangan besar untuk memburu kejuaraan Piala Malaysia buat kali ke 5 apabila diundi dalam kumpulan sukar dalam sesi undian yang dilangsungkan sebentar tadi.

Disiarkan secara langsung melalui media sosial Facebook MFL dan saluran strim iflix, undian sebentar tadi juga dihadiri wakil dari pasukan yang bertanding.

Finalist Piala FA 2019 yang juga Juara bertahan, Perak bakal menjadi halangan terbesar bagi pasukan Pahang setelah sebelum ini Bos Gaurus telah mengecewakan Pahang di peringkat separuh akhir Piala FA.

Selain itu, Sabah yang telah menjulang Liga Premier sekaligus dinaikkan ke Liga Super 2020 juga diundi dalam kumpulan C bersama-sama satu lagi wakil dari Liga Premier iaitu Pulau Pinang.

Perlawanan Piala Malaysia akan bermula pada 3 Ogos 219 untuk perlawanan pertama dengan jadual perlawanan akan dikeluarkan oleh MFL dalam masa 48 jam selepas undian rasmi berakhir.

Pahang terkandas di peringkat suku akhir pada musim lepas apabila tewas dengan agregat 1-3 di tangan Johor DT.

Walaupun mencatat keputusan seri 1-1 di Kuantan, dua gol Safawi Rasid di Larkin menunjukkan jalan keluar buat Pahang.

Untuk edisi 2018, pasukan Perak muncul Juara menerusi sepakan penalti dalam perlawanan penuh dramatik di Stadium Shah Alam pada bulan Oktober.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(PM4)
Malaysia Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(PM5)
Malaysia Cup
Perak Stadium, IPOH