Rehat dulu Sumareh

August 28, 2019

Peminat bolasepak Malaysia mungkin tidak akan dapat melihat aksi pemain tengah Pahang, Mohamadou Sumareh ketika aksi persahabatan Malaysia menentang Jordan pada 30 Ogos ini.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe mungkin terpaksa menyisihkan beliau buat sementara waktu berikutan masih belum cergas sepenuhnya walaupun sudah mula berlatih bersama rakan sepasukan.

Buat masa ini, pemain kelahiran Gambia ini sedang dipantaudari segi kecergasan dan kecederaannya dan Tan Cheng Hoe nyata lebih selesa untuk tidak mengambil risiko.

Sumareh yang menjadi pemain naturalisasi pertama negara mngalami kecederaan hamstring semasa beraksi bersama Pahang dalam saingan Piala Malaysia.

Beliau hanya mengisi bangku simpanan ketika perlawanan Pahang menentang Sabah di Kota Kinabalu dan langsung tiada dalam senarai ketika menentang pasukan sama di Kuantan.

Perlawanan menentang Jordan di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah untuk persediaan bagi menghadapi pusingan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia di Jakarta dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Kuala Lumpur masing masing akan berlangsung pada pada 5 dan 10 September ini.

Selain Sumareh, pemain Pahang lain yang turut mendapat panggilan ialah Norshahrul Idlan Talha, Norazam Azih dan Matthew Davies.

Foto : FAM


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match