Rekod tanpa kalah Pahang di Darulmakmur lebur.

May 6, 2017

Rekod tanpa kalah Pahang di Darulmakmur pada musim ini lebur selepas tewas di tangan satu lagi pasukan Pantai Timur Kelantan 2-3 dalam perlawanan Liga Super sebentar tadi.

Dollah Salleh hanya melakukan satu pertukaran dari perlawanan menentang Negeri Sembilan sebelum ini iaitu memasukkan kembali Wan Zaharulnizam manakala Christie Jayaseelan terkeluar dari senarai 18 pemain dan kembalinya Sumareh dari penggantungan.

Pahang lebih banyak melakukan serangan dengan Kelantan sekali sekala melakukan serangan balas melalui rangkaian penyerang mereka yang diketuai oleh Mohamed Ghaddar.

2

Kelantan bagaimanapun terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah apabila Ghaddar melakukan hantaran menarik untuk Alessandro Padovani yang melakukan lipatan gunting untuk mudah menewaskan penjaga gol Pahang Wan Azraie Wan Teh dan kedudukan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bermula separuh masa kedua, Pahang menggandakan asakan untuk mencari gol penyamaan namun pertahanan Kelantan yang diketuai Mohamadou Daiso kental bertahan.

Usaha Pahang akhirnya berjaya apabila Matheus Alves menjaringkan gol pernyamaan pada minit ke 69′ setelah menerima satu hantaran cantik dari Sumareh yang membawa bola dari tengah padang.

3

Namun, kedudukan itu tidak bertahan lama kerana Mohammad Ghaddar menghukum kesilapan Jaewon yang gagal melakukan hantaran sempurna kepada rakan sepasukan untuk mudah Kelantan sekali lagi mendahului pasukan tuan rumah.

Penyokong tuan rumah kembali gamat apabila Alves sekali lagi menewaskan Ramdhan pada minit ke 78′ setelah menerima hantaran dari pemain gantian Bright Dike setelah berlaku suasana kelam kabut di hadapan gol Kelantan.

Tetapi kedudukan itu tidak bertahan lama apabila sekali lagi Ghaddar menewaskan Azraie seminit kemudian setelah mencuri bola dari kawalan Kiko untuk gol ketiga pelawat sekaligus gol kemenangan Kelantan pada malam ini.

Kekalahan ini meletakkan Pahang masih berada di tempat kedua di belakang Johor DT dengan jurang 6 mata setelah pasukan dari selatan tanah air itu yang seri di 1-1 Paya Rumput menentang Melaka United.

 

 

 

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features