Ribuan penyokong banjiri Karnival Super Fans

January 15, 2017

FB IMG 1484451719660

Seramai hampir 12,000 peminat yang datang dari serata pelusuk daerah di Pahang berkumpul malam tadi bagi memeriahkan Karnival  Pahang Superfans yang berlangsung di Stadium MP Temerloh.

Karnival sehari yang bermula sejak 9 pagi dimulakan dengan Kejohanan Futsal Padang yang disertai oleh hampir 120 pasukan yang datang dari 12 daerah di seluruh Pahang.

FB IMG 1484451858470

10,000 t shirt percuma juga diedarkan kepada peminat-peminat yang hadir yang juga akan mendapat tiket cabutan bertuah yang menawarkan 24 buah TV, 12 buah motosikal dan sebuah kereta Proton Saga sebagai hadiah utama.

Pada sebelah malam, peminat dihiburkan dengan konsert yang diacarakan oleh pengacara sensasi negara Dato’ AC Mizal.

FB IMG 1484451733804

Artis negara seperti Siti Nordiana dan Ameng juga ada memberi.persembahan dengan kemuncak acara adalah persembahan dari kumpulan yang diterbangkan khas dari Indonesia iaitu kumpulan UNGU.

Peminat juga berpeluang untuk mengetahui senarai penuh pemain Pahang untuk musim 2017 apabila Dato’ AC memperkenalkan kesemua pemain pada acara malam tersebut.

FB IMG 1484451722925


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features