Safuwan dan Saddil dapat panggilan

March 11, 2019

Dua lagi pemain Pahang mendapat panggilan pasukan kebangsaan menjadikan jumlah kepada 9 selepas 7 pemain sebelum ini mendapat panggilan dari skuad Harimau Malaya.

Dua pemain import, Safuwan Baharuddin dan Saddil Ramdhani menjadi pilihan Ketua Jurulatih negara masin-masing bagi menghadapi dua kejohanan berbeza setelah liga berhenti berehat selama hampir 3 minggu untuk memberi laluan kepada perlawanan persahabatan antarabangsa.

Ketua Jurulatih baharu Singapura, Nazri Nasir pada minggu lepas telah mengumumkan senarai pemain yang akan membawa cabaran Piala Airmarine anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia di Kuala Lumpur.

Singapura akan bertemu Malaysia dalam kejohanan 4 negara itu yang dijadualkan berlangsung pada 20 Mac di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 8.45 malam manakala untuk satu lagi perlawanan akan menemukan pasukan kebangsaan Oman dan Afghanistan.

Ini bermakna, peminat Pahang akan dapat menyaksikan pertembungan Safuwan dan rakan-rakannya di skuad Pahang seperti Mathew Davies, Norshahrul Idlan Talha, Mohamadou Sumareh dan Norazam Azih dalam perlawanan tersebut.

Sementara itu, seorang lagi pemain import Pahang iaitu Saddil Ramdhani akan memperkuatkan skuad bawah 22 tahun Indonesia bagi menghadapi Pusingan kelayakan B-22 AFC yang dijadualkan berlangsung di Vietnam pada 22-26 Mac 2019.

Skuad Garuda Muda yang dibimbing Indra Sjafri itu diundi dalam kempulan K bersama tuan rumah Vietnam, Thailand dan Brunei yang mana juara kumpula akan layak ke Pusingan Akhir B-22 AFC di Thailand pada bulan Januari 2020.

https://www.aseanfootball.org/v3/seven-new-faces-for-indonesia-u23/


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS15)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN