Sah ke suku akhir

August 25, 2019

Slot suku akhir Piala Malaysia dari kumpulan C sah menjadi milik Pahang setelah menewaskan Juara Liga Premier, Sabah di Kuantan malam tadi.

Gol jaringan Dickson Nwakaeme pada babak kedua sudah cukup membolehkan Pahang mengutip mata penuh sekaligus menjadi satu-satunya pasukan yang mengekalkan rekod kemenangan 100% dalam peringkat kumpulan.

Terlebih dahulu, Dollah Salleh terpaksa merombak sedikit kesebelasan utama berikutan ketiadaan Muslim dan Safuwan yang masing-masin tidak cergas dan digantung perlawanan.

Bunyamin Umar mengambil tempat Muslim manakala Wan Zaharulnizam diberi kepercayaan mengemudi barisan tengah bersama Norazam Azih bagi menggantikan Safuwan Baharuddin.

Sabah yang perlukan kemenangan untuk membuka kembali peluang untuk layak ke suku akhir terlebih dahulu mengancam kubu Pahang melalui Aguinaldo Mendes tetapi mujur bola percubaannya tersasar.

Bertitik tolak dari itu, Pahang mula melancarkan serangan bertali arus bagi mendapatkan gol pendahuluan namun penyudah yang tumpul mengecewakan penyokong yang hadir.

Babak kedua, Pahang mula menyusun kembali permainan dan akhirnya berjaya memperolehi gol kemenangan pada minit ke 58′

Bermula dari sepakan sudut dari Norazam Azih ke dalam kotak penalti yang kemudiannya ditanduk Matthew Davies ke depan gol dimana Dickson hanya perlu menguis mengelirukan pertahanan dan penjaga gol Sabah.

Pahang kemudiannya mendapat banyak peluang terutama melalui pemain gantian Faisal Halim namun kedudukan kekal sehingga tamat masa penuh.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(PM6)
Malaysia Cup
Penang State Stadium, BATU KAWAN