Satu mata dibawa pulang dari Ipoh

July 15, 2018

Hanya satu mata berjaya dibawa pulang Pahang setelah hanya mampu seri 1-1 dengan Perak dalam saingan Unifi Liga Super di  Stadium Perak, Ipoh pada malam tadi.

Gol jaringan Norhakim Hassan pada minit ke 26 memadamkan kelebihan Pahang setelah mendahului sebelum itu melalui jaringan Norshahrul Idlan Talha pada minit ke 16.

Norshahrul yang semakin mendapat kepercayaan Dollah Salleh diturunkan di bahagian sayap dengan Wan Zaharulnizam bergandingan dengan Norazam Azih setelah Safuwan Baharuddin terpaksa bermain di pertahanan tengah bersama Bunyamin Umar kerana kecederaan Muslim Ahmad.

Kedua-dua pasukan dilihat mahukan kemenangan untuk memastikan tempat kedua liga milik mereka setelah gelaran juara sudahpun sah milik Johor DT pada perlawanan ke 18 yang lepas.

Pahang tidak menunggu lama apabila mendahului pada minit ke 16 separuh masa kedua setelah Norshahrul Idlan mudah menyudahkan kerja keras Sumareh yang sebelum itu melakukan larian solo seterusnya melakukan hantaran kepada Norshahrul di hadapan gawang Perak.

Bagaimanapun, kedudukan itu tidak bertahan lama setelah 10 minit kemudian Norhakim Hassan melakukan rembatan di dalam kotak penalti setelah menerima hantaran dari Kenny Pallraj dari kiri gol Pahang dengan Helmi gagal menangkis bola tersebut.

Tiada jaringan berjaya dihasilkan pada separuh masa dengan Pahang memperolehi peluang terbaiknya melalui Norshahrul yang berjaya melakukan larian solo mengelecek beberapa pertahanan Perak termasuk penjaga gol Hafizul Hakim namun tindakan penyudahnya hanya terkena tiang.

Keputusan ini bagaimanapun melonjakkan Pahang ke tangga ke tiga liga berbeza 1 mata dengan Perak dan mendahului beberapa saingan terdekat dengan kelebihan jaringan walaupun mempunyai jumlah mata yang sama.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features