Selangor FA vs Pahang FA Prebiu perlawanan

February 13, 2014

Selangor – Pahang Preview: Red Giants mahu jadikan Gajah sebagai mangsa

Kedua-dua pasukan kini mencari kembali rentak kemenangan, selepas mengalami kekalahan hujung minggu lalu.

Selangor selaku tuan rumah menanti kunjungan Pahang  berharap menjadikan perlawanan yang menghiburkan pada pertemuan Selasa ini.  Dua sebab kenapa saya mengatakan perlawanan ini pasti menghiburkan. Pertama, kedua-dua pasukan dibarisi dengan pemain yang hebat dan mempunyai mentaliti menyerang , yang bermaksud mereka memberi tumpuan penuh kepada bahagian serangan. Disebalik itu, Selangor dan Pahang yang baru mengalami kekalahan, perlu berusaha kembali mendapatkan rentak kemenangan.

Permukaan padang Stadium MPPJ yang kurang baik, anda mungkin disajikan corak permainan hantaran jauh.  Sekali gus memberi manafaat kedua dua pasukan. Pemain Pahang, seperti Matias Conti  yang hebat  di udara, begitu juga Paulo Rangel . Jika mahu membuat perbandingan, Pahang mempunyai pemain seperti Azamuddin Akil dan R. Gopinathan dan, Selangor pula mempunyai Andik Vermansyah dan S. Kunalan .
Kemenangan perlawanan ini, akan ditentukan melaui keberkesanan bahagian tengah . Setelah ketiadaan Amirulhadi , Azidan Shahrudin telah menonjol peningkatan prestasi dan kini merupakan aset penting dibahagian tengah pasukannya . Beliau akan menghadapi tentangan R. Gurusamy di bahagian tengah Selangor , dan pertembungan antara kedua-dua pemain akan menjadikan perlawanan ini menarik untuk ditonton.

Walaupun peminat kini lebih tertumpu kepada persembahan Rangel , seorang lagi pemain yang mula memberi impak yang berkesan bagi Selangor adalah Junior, yang sentiasa berada di belakang Rangel . Dengan sumbangan besar dalam pasukan, dan kehebatannya tidak dapat dinafikan . Pahang perlu  memberi perhatian yang lebih terhadap beliau , jika mereka berhasrat untuk merampas kemenangan pada petang Selasa.

Bagi TokGajah sendiri, situasi tendangan “set-piece” menjadi senjata penting kepada pasukan. Dengan Kehebatan Damien Stewart dalam perebutan bola diudara dan telah menjaringkan gol melalui tandukan musim ini ( vs Perak) . Begitu juga , ketinggian Zesh Rehman juga memberi kelebihan fizikal di dalam kotak penalti. Oleh itu, Selangor perlu berhati-hati dalam situasi “set-piece”.

Permainan ini  pasti menjanjikan permainan yang menarik dan kemungkinan jaringan yang bakal diperolehi mungkin lebih dari satu jaringan. Tetapi ia bergantung juga kepada pendekatan taktikal kedua-dua pasukan dan bagaimana permain mempersembahkan. Jika tiada aral, kita berpeluang menyaksikan satu perlawanan terbaik musim ini pada petang Selasa.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(PM4)
Malaysia Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(PM5)
Malaysia Cup
Perak Stadium, IPOH