Selangor ikat Pahang di Kuantan

June 27, 2018

Penjaring terbanyak liga ketika ini, Rufino Segovia membuktikan ketajamannya dengan menambah satu lagi gol untuk menyekat Pahang memperolehi 3 mata penuh apabila mengikat pasukan tuan rumah 1-1 dalam saingan Unifi Liga Super di Stadium Darul Makmur malam semalam.

Untuk perlawanan ini, Dolah Salleh kembali menurunkan 3 pemain yang digantung semasa perlawanan separuh akhir pada Sabtu manakala Patrick Cruz dan Mohamadou Sumareh disisihkan kerana tidak cergas.

Noshahrul Idlan Talha masih lagi diberi kepercayaan manakala Zubir Azmi mengambil alih tugas Faisal Rosli yang diletakkan di bangku simpanan.

Selangor bagaimanapun melakukan ancaman terlebih dahulu apabila memperolehi satu sepakan percuma dihadapan pintu gol Pahang namun sepakan Rufino terus ke dalam dakapan penjaga gol Helmi Eliza.

Pahang kemudiannya melakukan serangan bertali arus dengan Issey nyaris menambah jaringan tetapi rembatan leretnya ditepis Khairul Azhan pada minit ke 44 dan kedudukan tiada jaringan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Pahang bermula pada separuh masa kedua dengan langkah kanan apabila memperolehi penalti oleh pengadil perlawanan setelah Amutu dijatuhkan Pacheco di dalam kotak penalti tetapi penyerang import dari Nigeria itu gagal menyempurnakan sepakan penalti tersebut.

Mujur bola yang ditepis Khairul Azhan disambut Safuwan yang seterusnya melakukan hantaran kepada Wan Zaharulnizam untuk gol pendahuluan tuan rumah sekaligus mencerikan penonton yang hadir ke stadium.

Bagaimanapun Selangor berjaya menjaringkan gol pernyamaan pada minit ke 61 oleh Rufino setelah beliau yang tidak dikawal menerima hantaran Amri dan melakukan rembatan seterusnya menewaskan Helmi di gawang Pahang.

Faisal Rosli yang masuk menggantikan Issey nyaris memberi gol kemenangan Pahang apabila melakukan satu percubaan dari tengah padang setelah melihat Azhan terkeluar dari posisinya setelah namun percubaanya terkena palang ketika Azhan sudahpun tertewas.

Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan dan keputusan seri ini menyebabkan Pahang tergelincir ke tangga ke 4 setelah satu lagi pesaing iaitu Kedah menang di Alor Setar untuk mengambil alih tempat ke 3.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features