Serangan tumpul sentap hasrat Pahang

August 5, 2018

Oleh : Asrol Awang

KUANTAN: Ketumpulan jentera serangan menjadi faktor utama kegagalan Pahang mengutip tiga mata pada kempen Piala Malaysia apabila diikat Sabah 1-1 dalam Kumpulan D di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, segalanya tidak menjadi buat skuad itu yang mengharapkan kemenangan sebagai motivasi dalam misi menjulang piala kedua musim ini.

“Saya kecewa kerana kami masih lagi tercari-cari rentak permainan yang diharapkan dan paling ketara bahagian serangan tidak memberi impak besar menambah gol.

“Komitmen semua pemain juga tidak di tahap terbaik sebaik lawan melakukan serangan hanya lima pemain yang berada di bawah sedangkan pemain lain sepatutnya turun sama membantu.

“Kesannya, Sabah berjaya menyamakan kedudukan pada babak kedua dan membawa pulang satu mata ketika kami mahukan tiga mata di laman sendiri,” katanya.

Dollah turut kecewa dengan persembahan penyerang import, Austin Amutu yang masih gagal memperkasakan jentera serangan.

Biarpun pemain Nigeria itu menjaringkan gol, beliau masih mengharapkan perubahan apabila skuad itu bertemu Selangor pada perlawanan kedua Sabtu ini.

Berita asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features