Sesi pelancaran Pahang Rangers Ahad ini

March 22, 2019

Ahad ini bertempat di Stadium Tertutup SUKPA akan berlangsung Majlis Pelancaran Skuad Futsal Pahang Rangers serta Pertandingan Futsal bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah.

Acara yang bermula jam 8 pagi ini akan dimulakan dengan Pertandingan Futsal 6 pasukan bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah seterusnya majlis pelancaran serta memperkenalkan pemain Pahang Ranger pada sebelah tengahari oleh Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Al Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah, Pengerusi Jumaah Pemangku Raja Pahang Merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Pahang.

Skuad Futsal Pahang Rangers yang dahulunya dikenali sebagai Kuantan Rangers kini diberi hak oleh Persatuan Bolasepak Negeri Pahang pada bulan Februari lalu menerusi perkenan daripada Presiden Persatuan Bolasepak Pahang, YAM Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah untuk menjadi pasukan futsal bagi negeri Pahang yang akan bertanding dalam Malaysia Premier Futsal League (MPFL) yang akan bermula April depan.

Majlis ini juga akan diserikan dengan persembahan oleh Hael Husaini dengan acara kemuncaknya ialah satu perlawanan persahabatan futsal antara pilihan artis Malaysia menentang pasukan pilihan Liga Super.

Antara artis yang akan mengambil bahagian ialah Dato’ Fizz Fairuz, Abam Bochey, Redzuan Hashim, Hairee Kool, Ropie Cecupak dan Danny X-Factor.

Ayuh datang beramai-ramai untuk memeriahkan majlis ini! Masuk adalah percuma.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS11)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN