Shah tabik sikap tidak mengalah pemain

September 11, 2017

Pemangku Ketua Jurulatih Pahang, Ahmad Shaharuddin Rosdi memuji sikap pemainnya yang nyata tidak kenal sikap putus asa apabila memperolehi 3 mata berharga dan seterusnya berjaya melangkah ke suku akhir TM Piala Malaysia semasa perlawanan terakhir kumpulan A menentang TTeam FC pada Sabtu.

Beliau yang mengakui tidak senang duduk setelah pasukannya melepaskan dua gol mudah kepada pasukan lawan sehinggakan mereka berjaya menyamakan kedudukan sebanyak dua kali walaupun menguasai sebahagian besar permainan pada malam itu.

Kekurangan fokus dalam perlawanan baginya menjadi punca utama dan menyebabkan TTeam mampu untuk menghukum mereka dengan dua gol yang tidak sepatutnya dilepaskan.

“Kurangnya fokus menyebabkan kita seolah-olah memberi peluang kepada TTeam untuk mencuba dan akhirnya berjaya untuk menyamakan kedudukan.

Disebabkan itu, pemain-pemain saya terpaksa melakukan kerja lebih dan Alhamdullilah kami berjaya dalam misi untuk mendapatkan 3 mata penuh.

Beliau juga mengakui terdapat kekurangan dan kelemahan dalam barisan pertahanan sedia ada dan berikrar untuk memperbaikinya sebelum perlawanan suku akhir kedua menentang Perak di Darulmakmur selepas ini.

“Memang ada kekurangan pada barisan pertahanan lebih-lebih lagi semasa separuh masa kedua dan kerana lambat untuk memperbaiki kami dihukum dengan dua gol.

Saya sememangnya kecewa kerana gol-gol yang kami lepaskan adalah kerana kurangnya kosentrasi pemain dan kami ada seminggu sebelum perlawanan menentang Perak dan saya akan lihat tentang kelemahan-kelemahan pemain saya semasa perlawanan malam ini dan akan diperbaiki.

Apa-apapun saya mengucapkan tahniah kepada pemain kerana usaha mereka tanpa putus asa selagi belum wisel penamat kerana saya sudah beritahu para pemain yang keputusan seri tak akan membantu kita jadi kita perlu menang.

Pahang layak ke suku akhir Piala Malaysia setelah menjadi naib juara kumpulan A di belakang PKNP FC setelah memperolehi 3 mata semasa perlawanan terakhir menentang TTeam FC di Kuantan apabila N.Sembilan hanya mampu sekadar seri tanpa jaringan di PAroi.

Gol-gol Pahang dijaringkan oleh Matheus Alves, Norazam Azih dan Yamil Romero manakala gol-gol TTeam dijaringkan oleh Syed Sobri dan Abdoulaye Youssouf.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…