Skuad Muda Pahang mulakan saingan hari ini dan esok

February 21, 2018

Dua skuad pelapis Pahang akan memulakan langkah mereka untuk kempen saingan Piala Presiden dan Belia untuk musim 2018 pada minggu ini dengan kedua-duanya akan menerima kunjungan dua pasukan dari Selangor pada hari Rabu dan Khamis.

Skuad Piala Presiden Pahang akan menerima semula gandingan Azaruddin Aziz dan Fahim Kow yang pernah mengendalikan skuad ini pada tahun 2014 dan 2015 dan akan menentang muka baru dalam saingan kali ini iaitu Selangor United pada hari Khamis , 22 Februari di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh jam 4.45 petang.

Manakala pasukan Belia yang dianggotai oleh pemain di bawah 19 tahun kini dikendalikan oleh Mohd Zerry bin Nazeri yang merupakan jurulatih di Sekolah Sukan Pahang dan akan menentang Selangor pada Rabu, 21 Februari di Stadium Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Cawangan Pahang di Indera Mahkota Kuantan.

Mengekalkan format yang sama seperti tahun lepas iaitu kesemua pasukan yang bertanding dibahagikan kepada dua kumpulan cuma sedikit perubahan hanya 4 pasukan teratas akan mara ke separuh akhir dan seterusnya perlawanan akhir berbanding tahun lepas ada saingan suku akhir dalam pusingan kalah mati.

Untuk rekod kedua-dua pasukan gagal untuk mara ke separuh akhir pada musim 2017 dimana pasukan Piala Presiden menduduki tangga ke 7 dalam kumpulan dengan mengumpul 24 mata manakala skuad Belia merekodkan pencapaian terburuk apabila hanya menduduki tangga tercorot dalam kumpulan A setelah hanya mengumpul 7 mata.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features